TAKUTKAN KRITIKAN Bagaimanalah agaknya hidup penuh dengan kritikan? Jika anda melakukan sesuatu yang anda ketahui sebagai betul, apakah alasan untuk anda merasa takut dengan kritikan daripada orang lain ? Adakah anda merasa bahawa kritikan dan komen daripada orang lain akan merosakkan imej dan harga diri anda ? Adakah anda takut mengeluarkan pendapat dan bertindak kerana khuatir perasaan anda akan dilukai ? Jika anda ingin memperbaiki imej dan harga kendiri jangan biarkan orang lain menentukan apa yang anda perkatakan atau lakukan. Sebaliknya berusahalah untuk melakukan sesuatu yang bernilai kepada kemanusiaan keseluruhannya. Lakukan perubahan yang positif. Memuji diri sendiri ada baiknya tetapi anda akan berasa selesa dengan diri anda apabila sesuatu yang anda perkatakan dan lakukan mendatangkan faedah. Dapatkan pengajaran yang positif daripada kritikan yang anda terima. Sedarlah bahawa ia tidak akan menyakiti hati dan perasaan anda. Sebaliknya ia adalah alat yang amat berguna jika dipergunakan dengan sebaik mungkin. Teruskanlah apa yang sedang anda lakukan sekarang dengan kesedaran bahawa ia akan mendatangkan faedah. Pastinya ia akan mendatangkan faedah terhadap diri sendiri, keluarga, masayarakat dan negara. - Oleh Ralph Marston - Terjemahan Azaman Muhammad (Kaunselor PMUUM)