TANGGUNGJAWAB YANG SERIUS Anda tidak akan dapat memberikan menafaat kepada sesiapapun walaupun kepada diri anda sendiri sekiranya anda tidak menjadi seperti yang sepatutnya.Apabila anda memutuskan untuk menerima kekalahan ia akan pergi lebih jauh daripada itu.Ia menghampakan dan mengecewakan kepada kehidupan ini dan merendahkan mertabat kehidupan dan kemanusiaan yang menjadi punca kepada segala kejadian Tuhan di muka bumi ini. Bukan pilihan atau hak untuk anda hidup pada setiap hari dan memenuhi kehidupan itu dengan keceriaan dan penyempurnaan tugas dan tanggungjawab, tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang serius terhadap diri sendiri dan juga kepada dunia keseluruhannya.Bukanlah sesuatu yang bersifat mementingkan diri sendiri sekiranya anda cuba untuk memenuhi apa yang anda harapkan akan dapat dicapai. Mementingkan diri sendiri ialah apabila anda mengabaikannya. Tingkatkan diri anda dengan ketulusan dan kesepaduan dan segala yang berada di sekeliling atau persekitaran anda akan juga turut dipertingkatkan. Anda hidup bukanlah untuk diri anda sendiri semata- mata. Seluruh alam ini bergantung dan berharap kepada anda agar mempersembahkan yang terbaik.Apa yang sepatutnya anda lakukan, tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Ia pastinya adalah satu tanggungjawab yang besar dan berat . Terimalah ia dengan hati terbuka dan bawalah ia ke mana sahaja anda pergi dan apa sahaja yang anda lakukan dan kecemerlangan akan pasti berada di dalam genggaman anda. - Oleh Ralph Marston - Terjemahan Azaman Muhammad ( Kaunselor PMUUM)