ADAKAH ANDA TERLEBIH MENCUBA? Apa yang anda lakukan kadang- kadang kelihatannya tidak berhasil dan tidak berkesan. Anda memujuk diri agar terus mencuba. Anda menghebahkan kepada orang lain betapa anda telah mencuba dengan seupaya mungkin. Hakikatnya anda hanya dikatakan mencuba apabila apa yang anda cuba itu dapat mencapai matlamatnya. Apa akan jadi sekiranya anda menghapuskan perkataan "mencuba' daripada kamus hidup anda ? Yang pastinya ia akan menjadikan anda lebih spesifik. Daripada berkata :" Saya cuba menyelesaikan tugasan ini.." anda akan lebih tepat berkata begini:" Saya sedang cuba menyiapkan laporan prestasi pelajar saya semester yang lalu!" Jika anda tidak memikirkan tentang "mencuba' anda akan terfokus untuk meneruskan apa yang sedang anda lakukan dan memilih untuk memastikannya mencapai matlamat atau objekif yang telah ditetapkan. Berusaha dengan ikhlas adalah amat baik, tetapi berusaha dengan hanya mencuba- cuba, adalah tidak berapa baik. Jangan biarkan anda terperangkap di dalam percubaan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan tetapi sebenarnya anda hanya melakukan tugasan yang berbentuk serpihan dan cabang sahaja. Lupakan tentang cuba untuk menyelesaikan sesuatu. Tetapi bangun dan berusaha bersungguh- sungguh menyelesaikan apa yang sepatutnya anda selesaikan. - Oleh Ralph Marston ( www.greatday.com) - Terjemahan Azaman Muhammad ( Kaunselor PMUUM)