TETAPKAN MATLAMAT YANG KECIL Tetapkan satu matlamat yang kecil dan cubalah untuk mencapainya. Jadikan ia besar sedikit dan cubalah juga untuk mencapainya. Ini akan membina keyakinan anda. Hidup dengan bermatlamat menjadikan hidup ini bermakna. Ketenangan mempunyai erti yang cukup besar. Ia memberikan kelegaan, relax dan penyempurnaan. Tetapi hanyut di dalam ketenangan kerana tidak tahu apakah yang akan di lakukan kemudian adalah satu sumber pembaziran kepada masa yang amat berharga itu. Setiap pencapaian yang besar adalah datangnya daripada banyak matlamat- matlamat kecil yang telah kita tetapkan. Orang yang bekerja dengan mengetahui apakah yang ingin mereka capai adalah seseorang yang sentiasa menyelesaikan kerjanya. Mereka menanamkan tabiat menetapkan matlamat dan berusaha mencapainya. Ia bukanlah sesuatu yang rumit ataupun sukar sangat. Tetapi ia memberikan keajaiban yang sentiasa dicari- cari oleh semua orang. Tentukan apa yang ingin dicapai dan terus berusaha untuk mencapainya. Jika kelihatannya sukar dicapai, pecahkan ia kepada beberapa bahagian yang kecil yang boleh atau terjamin untuk dicapai. Matlamat yang kecil amat bererti , ini kerana ia menyediakan satu tapak atau asas yang kukuh untuk didirikan matlamat lain yang lebih besar dan mencabar. Patuhilah matlamat anda dan pasti akhirnya anda akan sampai ke puncak idaman yang anda harap-harapkan - Oleh Ralph Marston - Terjemahan Azaman Muhammad ( Kaunselor PMUUM)