USAHA TAMBAHAN Berusaha secukupnya untuk mencapai apa sahaja yang anda idamkan akan hanya membawa anda kepada 95% daripada kecemerlangan yang sebenar. Jika anda sekadar memnuhi harapan dan cita- cita sahaja , usaha tambahan akan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi. Walaupun begitu tidak ramai yang mengambil inisiatif untuk berusaha lebih daripada sepatutnya. Ini adalah lebih banyak disebabkan oleh sikap dan sifat berbanding dnegan kemahiran ataupun keupayaan. Seringkali kita berhadapan dengan keadaan yang menghalang usaha yang berlebihan dan kecenderungan untuk mengelakkannya apabila ada kesempatan. Oleh sebab itu sebahagian besar daripada kita hanya memberikan usaha yang ala kadar sahaja dan berjuang untuk mengekalkan tempat yang sedia ada. Tetapi dengan sdikit usaha tambahan , tiba- tiba anda akan mendapati bahawa anda telah tersenarai di kalangan mereka yang mempunyai pencaoapaian yang luar biasa. Jika anda berusaha ala kadar , sebenarnya anda sudah memang sedia ada di sana. Malang jika anda beerterusan selamanya di sana. Anda senebenarnya lebih hampait r kepada kecemeralngan lebih dekat daripada yang anda fikirkan. Apa yang diperlukan ialah sedikit usaha tambahan , dengan bekerja lebih berkesan . Usaha tambahan yang kecil dan sedikit tetapi berkekalan akan membawa perubahan dan perbezaan yang besar. Apabila anda telah berusaha lebih anda akan membentuk momentum yang akan melajakkan anda ke hadapan dengan lebih cepat . Berusahalang lebih sedikit dan ia pasti akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan anda. - Oleh Ralph Marston - Terjemahan Azaman Muhammad