YAKINKAN DIRI ANDA Anda tidak akan menerima segala tindakan mengalah seperti sekarang ini sebelum terlebih dahulu menyakinkan diri anda untuk menerimanya. Begitulah jugalah halnya apabila anda memutuskan untuk memilih jalan yang akan membawa anda kepada kejayaan. Anda perlu terlebih dahulu meyakinkan diri anda untuk menerimanya. Anda mempunyai kuasa untuk meyakinkan diri anda sama ada untuk kebaikan ataupun keburukan. Anda yang mengawal pemikiran anda dan tidak akan mengambil dan mengekalkan sebarang tindakan tanpa terlebih dahulu dengan sedar dan niat yang jelas untuk melakukannya. Cabaran pertama yang perlu anda hadapi di dalam mencapai apa sahaja yang anda idamkan ialah pertama terlebih dahulu anda perlu meyakinkan diri anda. Apabila anda telah diyakinkan untuk menerima atau menolak sesuatu nilai anda akan menemui jalan untuk menjayakan apa sahaja. Sentiasa ingatkan diri anda sekerap mungkin tentang nilai yang terkandung di sebalik tindakan yang anda ambil dan anda pasti akan bertemu dengan hasil yang anda harapkan. Meyakinkan diri sendiri adalah lebih mudah berbanding dengan orang lain. Anda tahu apa yang penting terhadap diri anda dan anda turut mengetahui apakah yang memotivasikan anda. Hakikatnya anda cukup bijak untuk meyakinkan diri anda sendiri. Anda melakukannya setiap masa. Arahkan kuasa dan kebolehan itu kepada tujuan dan arah yang positif, kreatif dan tidak ada had apa yang bakal anda capai nanti. - Oleh Ralph Marston - Terjemahan Azaman Muhammad ( Kaunselor PMUUM)