YANG TERBAIK Dalam kebanyakan hal tidak ada gunanya untuk mempersoalkan perkara yang sudahpun berlaku. Adalah lebih baik jika anda memberi penilaian terhadap perkara yang berada di dalam kawalan anda. Penilaian sepatutnya dibuat terhadap perkara yang berlaku sekarang dan bukannya terhadap perkara yang telahpun berlalu dan berlaku. Jika begitulah halnya , apa sahaja yang berlaku sekarang ini sebenarnya adalah yang terbaik. Tidak ada apapun yang dapat anda lakukan terhadapnya lagi selain menerimanya dengan hati dan tangan yang terbuka. Jika demikian halnya maka sesuatu yang ajaib sedang berlaku…anda sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang terbaik . Sebenarnya ' mengharapkan yang terbaik' adalah satu harapan yang akhirnya akan menjadi kenyataan. Pasti akan ada cabaran dan dugaaan sama ada kecil ataupun besar. Kekecewaan juga pasti akan muncul. Terimalah segalanya dalam usaha untuk menjayakan yang terbaik. Anda hanya perlu mencari strategi yang terbaik dengan menggunakan segala yang positif dan baik. Terima dan jadikan apa sahaja yang telah terjadi sebaik yang mungkin untuk diri, keluarga , masyarakat dan negara anda. - Oleh Ralph Marston(www.greatday.com) - Terjemahan azaman Muhammad ( Kaunselor PMUUM)