10 TEKNIK MEMBACA PANTAS 

1. TEKNIK INTONANSI 

Membaca dengan berhenti pada ketika yang tertentu dengan menggabungkan atau mengkelompokkan perkataan kepada tiga atau empat patah perkataan contoh: Rakyat Malaysia / adalah terdiri daripada / berbilang agama, / kaum dan keturunan 

2. TEKNIK PERBENDAHARAAN KATA 

Apabila membaca kita menganggap setiap patah perkataan mempunyai makna yang tertentu berdasarkan bidang yang dibaca. Setiap patah perkataan yang dibaca akan mengingatkan kita kepada makna yang tertentu berdasarkan konteks ayat dan laras bahasa yang digunakan.

 3. TEKNIK BACAAN LATAR 

Banyak membaca buku yang ditulis oleh penulis- penulis yang terbaik dan terkenal akan memjadi bacaan latar kepda pembacaan kita pada masa hadapan. apabila membaca kita cuba untuk mengaitkan dengan apa yang telah kita baca sebelum ini . 

4. TEKNIK GIBBON 

Edward Gibbon ( 1737 - 1794) adalah seorang Ahli Sejarah berbangsa Inggeris yang terkenal . Sebelum menulis tentang sesuatu perkara beliau akan menghabiskan masa mengumpul dan membaca semua maklumat yang berkaitan dengan tajuk tersebut etelah membaca keseluruhan teks barulah mbeliau memulakan penulisan.

 5. TEKNIK PERENGGAN 

Apabila membaca sesuatu perenggan berhenti seketika dan tanyakan kepad adiri anda perkara- perkara berikut:

 a. Apakah isi utama 

b. Apakah isi sokongan

 c. Apakah contoh 

d. apakah keseimpulannya 

 

6. TEKNIK SUSUN-ATUR 

Apabila membaca sesuatu bahan berfikirlah seperti penulisnya . Jika anda yang menulis bahan tersebut apakah yang akan anda tulis . Berikut adalah pola atau susun- atur persembahan yang biasa digunakan oleh penulis:

 a. Kronologi 

b. Proses

 c. Lokasi atau tempat 

d. Kepentingan menaik ( semakin lama semakin penting)

 e. Kepentingan menurun 

f. Sebab- akibat 

g. Perbandingan

 

 7. TEKNIK SATU MASA SATU MUKA

 Selepas membaca sehelai muka surat berhenti seketika dan cuba simpulkan apa yang telah anda baca di dalam satu perkataaan atau satu perenggan . 

8. TEKNIK DANIEL WEBSTER 

Sebagai seorang penyususn kamus Daniel menggunakan teknik berikut semasa membaca: 

a. Melihat senarai kandungan

 b. melihat beberpa muka Kemudian beliau akan membuat senarai berikut: 

i. Soalan yang diharap akan dijawab

ii. Ilmu /pengetahuan yang diharapkan akan diperoleh 

iii. Ke manakah dia akan 'dibawa' melalui pembacaan bahan tersebut 

 

9. TEKNIK KATA PENYAMBUNG

 Perhatikan ayat- ayat penyambunng dan pelengkap seperti berikut: 

a. Penyambungan- seperti, adalah, dan , maka, sebagai tambahan…

 b. Sama makna- seperti juga, sama pentingnya, pada masa yang sama 

c. Penekanan- contohnya, ialah, seperti, 

d. Penggantian- sama ada,ataupun, jika tidak ..

e. Pengulangan - iaitu, sekali lagi, saya ulangi', dengan lain perkataan 

 

10. TEKNIK LONCAT 

Antara cara yang biasa dilakukan 

a. Mencari jarum di dalam pasir 

b. Mencari kata kunci

c. Mencari isyarat 

d. Menyemak senarai isi kandungan buku teks 

e. menyemak sekali lalu