Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 06 November 1999

______________________________________________________________________________

 

 

PENGAKUAN BERSUMPAH

Assalamualaikum,
Ramai orang bersumpah. Dari Ku Li di Kelantan hinggalah Norhayati di Melaka. Sumpah KU LI tanpa cap mohor Pesuruhjaya Sumpah. Tapi sumpah Azizan, Sukma, Murad dan Norhayati ada cap mohor Pesuruhjaya Sumpah. Pengakuan bersumpah Murad ada "value dan impact". Sebab itu semua orang UMNO mula bercakap ke sana-sini mengenainya. BPR pun dah beritahu tentang jumlah fail yang akan dibuka untuk menyiasat pengakuan bersumpah Murad.

Cuma KSN saja yang masih tak tahu nak cakap apa-apa. ( BPR tak hormat ketua ke?) Pengakuan bersumpah Azizan pula agak pelik. Sekejap bersumpah yang dia diliwat. Lepas tu bersumpah yang tak diliwat. Mungkin hanya " bahagian sulit" badannya yang saja yang mampu memberi keterangan. Sebab otak Azizan ni memang tak boleh pakai. 

Pengakuan bersumpah Sukma yang mendakwa bahawa beliau dipaksa polis untuk membuat pengakuan diliwat Anwar pula tak diterima oleh Hakim Arifin Jaka. Boleh masuk bakul sampah saja. 

Kini Norhayati pula bersumpah yang beliau tak pernah ada hubungan dengan Rahim Tamby. "Jangan ganggu kami," katanya di surat khabar. Kita pun berhajat nak tanya Norhayati ni. Kenapa tiba-tiba saja menukar cerita? Apa...... ada orang sponsor ke pengakuan bersumpah tu? Anak yang tidak berbapa tu, yang tak ada ujian DNA dijalankan, siapa pulak bapanya? Dewa dari kayangan ke? Nampak gayanya, pengakuan bersumpah kini sudah menjadi sebahagian dari budaya kotor masyarakat kita. Di manakah letaknya nilai sebenar sesuatu pengakuan bersumpah? 

Wassalam 

KU MED