UMNO MENDIDIK RAKYAT PERCAYAKAN PEMBOHONGAN!
Kenyataan PM Maha Firaun berkata anggota Umno perlu menggembleng usaha menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap parti dan kerajaan
sebelum rakyat terus terkeliru antara yang 'benar dan yang bohong'.
Demikianlah Ucapan seorang Perdana Menteri dan Presiden Umno yang pembohong.
Maha Firauan mendakwa ada tanda rakyat sudah percaya dengan 'fitnah' pembangkang termasuk oleh bekas timbalan perdana menteri dan
bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sukar bagi Umno menerangkan kepada rakyat perkara yang sebenar.
Nampaknya agenda pemfitnah
(UMNO) akan berterusan dengan sebaliknya menuduh parti alternatif sebagai 'pemfitnah'. Namun Maha Firaun itu mengakui DSAI merupakan musuh utamanya kerana
berjaya mendedahkan segala perbuatan salahlaku pemimpin UMNO selama ini dalam satu bentuk yang tersusun dan sistematik.
Justeru itu Maha Firaun mengarahkan bahagian penerangan Umno dan semua pemimpin parti supaya berusaha membuat penjelasan kepada orang
ramai bagi meyakinkan mereka apa yang dikatakan Umno adalah benar dan apa yang dikatakan pembangkang adalah fitnah. Inilah cara UMNO mendidik supaya
rakyat percaya kepada pembohongan dan menolak hakikat kebenaran.
Katanya jawatankuasa penerangan Umno
dan pegawai-pegawainya perlu belajar bagaimana hendak menyampaikan penerangan kepada rakyat bagi menyakinkan mereka bahawa Umno berada di sebelah yang benar.
Akibat
pendedahan DSAI itu, maka hari ini Presiden UMNO, Maha Firaun menyatakan bahawa Umno menghadapi masalah untuk menangkis serangan terhadap parti
sehingga semua kebaikan yang dilakukan parti dan kerajaan untuk negara, bangsa dan agama diketepikan. Sebaliknya majoriti rakyat menumpukan perhatian kepada
perbuatan zalim Umno dan pemimpinnya yang menganiaya kaum bangsa dan agama sendiri.®