Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 06 November 1999

______________________________________________________________________________

 

 

Pemfitnah Melancarkan Operasi Cegah Fitnah?

Operasi Membasmi Fitnah anjuran Umno dilancarkan oleh Presidennya Maha Firaun di satu majlis di PWTC semalam.

Operasi itu adalah susulan kepada keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bulan lepas bahawa parti itu akan memerangi secara besar-besaran 'fitnah' yang disebarkan oleh pembangkang.

PM Maha Firaun berkata operasi itu akan menangani fitnah yang berleluasa pada masa ini.

Kejayaan operasi membasmi fitnah itu dilihat terbukti berjaya apabila rakyat menolak pembohongan yang disebarkan oleh media seperti Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV 3 suku yang nyata mengwar-warkan politik kepartian UMNO. Lim Guan Eng pula pernah menyifatkan Presidennya sebagai Bapa Pembohongan Malaysia atau Raja Kelentong Nombor 1!!!