Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 06 November 1999

______________________________________________________________________________

 


KENAPA PAS DITUDUH MENGHASUT?

Tuduhan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah berkata PAS menggunakan agama untuk menghasut orang semata-mata bagi kepentingan politik mungkin dilihat sebagai kenyataan yang keterlaluan.

Bagaimana pun jika PAS dituduh menghasut manusia supaya beribadah dan menghambakan diri kepada Allah, itu memang ada kebenarannya.

Tuduhan Ku Li bahawa PAS telah menyebabkan berlakunya pecah-belah dalam masyarakat dengan hasutan pemimpin-peimpinnya sehingga berlaku penceraian, sembahyang dua imam, boikot kenduri lahir dari perasaan irihatinya kepada umat Islam yang semakin mendekati Islam dan melupakan hal dunia yang melalaikan.

Minda Rakyat berpendapat Ku Li sudah kehabisan modal berkempen kali ini. Beberapa siri pembohongannya nyata tidak diterima rakyat jelata. Bagaimana seorang yang baca hadis dan ayat Quran pun tak pandai, menafikan ilmuan yang dimiliki oleh Tuan Guru dan keikhlasan serta pertolongan dari Allah s.w.t?