Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 06 November 1999

______________________________________________________________________________

 

 

PM MESTI PATUH KEPADA MAJLIS SYURA

Pemerintahan Islam yang bersandarkan hukum dan peraturan semestinya berbeda dengan pemerintahan sekular yang dibangga-banggakan UMNO selama 42 tahun memegang tampuk kuasa. Keadilan sistem Islam dapat dilihat sebagai jawatan tertentu boleh diserahkan kepada orang bukan Islam dengan syarat, kiranya sudah tiada lagi wujud pemimpin yang berkelayakan dari kalangan orang Islam dan kedua, pemimpin itu mestilah patuh kepada Majlis Syura yang merupakan pemerintah tertinggi negara Islam.

Majlis Syura merupakan pemerintah sebenar yang didokongi oleh para alim ulama yang muktabar dan sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis dalam melaksanakan sesuatu dasar dan perancangan.

Sementara Perdana Menteri adalah hanyalah seorang pelaksana atau pemimpin yang akan diperintah oleh Majlis Syura dan beliau tidaklah terlalu berkuasa hingga mampu berbuat apa sahaja, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Syura.

Kegagalan pemerintahan Kerajaan BN hari ini ialah apabila seorang PM itu terlalu berkuasa hinggakan kekuasaannya tiada had dan batasan.

Perbedaan antara corak pemerintahan sekular dan Islam amat membimbangkan pimpinan kerajaan BN hari ini hingga sanggup menuduh PAS akan menerima tokoh dari kalangan bukan Islam termasuk dari DAP untuk menjadi Perdana Menteri tanpa syarat.

Justeru itu kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa jika Kerajaan Alternatif melantik seorang PM yang bukan berugama Islam, ia bukanlah sesuatu yang janggal atau pelik.

"Kalau dia (calon Perdana Menteri) beragama Islam, dia menunaikan hak agamanya, jika calon itu bukan beragama Islam, dia mesti menunaikan syarat yang dikenakan ke atasnya oleh dasar Barisan Alternatif," katanya.

"Calon bagi jawatan itu mestilah seorang pejuang dengan wadah yang telah ditetapkan kerana sekarang ini tiada orang yang menjadi wakil rakyat bebas kecuali mereka yang mencari makan," katanya.

Katanya, jika calon Perdana Menteri itu orang Islam, dia menunaikan dua tanggungjawab serentak iaitu untuk wadah perjuangan dan memenuhi tuntutan syahadah kepada Allah, sebaliknya jika dia bukan beragama Islam, dia menunaikan wadah perjuangannya.

"Ini bukan soal nak bagi (jawatan Perdana Menteri) kepada DAP, soalnya wadah mesti diperjuangkan, tak kira siapa sekalipun asalkan ia berasaskan Islam," katanya.

Tuan Guru menambah sebagai contoh, tiada sebarang halangan dikenakan terhadap orang Cina yang ingin menjadi pegawai dalam kerajaan negeri dengan syarat orang itu mestilah menjalankan dasar-dasar yang telah ditetapkan.®