Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 06 November 1999

______________________________________________________________________________

 

 

JIHAD TIADA DALAM UMNO!

Tiada istilah jihad dalam perjuangan kebangsaan atau yang bukan bermatlamat untuk melaksanakan syariat dan titah perintah Allah. Dan mati dalam perjuangan itu juga tidak syahid dan tiada nas yang menyokong perjuangan sedemikian.

Justeru itu rakyat dinasihat supaya jangan terpedaya dengan istilah 'jihad' yang mula digunakan oleh UMNO sebagai jihad memerangi fitnah. Dalam sejarah jihad dillaksanakan untuk memerangi musuh Allah dan mereka yang melakukan kezaliman terhadap sesama manusia dan ingkar dalam melaksanakan hukum Allah.

Amat malu bagi sebuah parti yang mendakwa 'berjihad' menentang fitnah tetapi dalam masa yang sama melakukan pembohongan dan meneruskan kezaliman terhadap manusia yang tidak dibuktikan bersalah.

Berjihadlah iaitu dengan segala tenaga dan kepakaran yang ada untuk Allah semata iaitu bagi melaksanakan syariat Allah seperti hukum hudud, dasar pelajaran Islam, ekonomi Islam, sosial Islam dan politik Islam. Berjihadlah kerana Islam bukan menolak agenda pembangunan tetapi pembangunan mesti berteraskan Islam dan tidak bercanggah dengan syariat Allah.

Berjihad bukan sekadar membawa pedang, tetapi lebih kepada kepakaran yang kita miliki untuk mengangkat agama Allah sesuai dengan titah perintah Allah dan membuang tabiat kita bertuhankan kebendaan dan nafsu dunia!