|
|
LAKONAN YANG BELUM SELESAI......."The true confession" yang dibuat oleh "Murad the stooge" baru-baru ini boleh dilihat reaksinya dari dua sudut. Reaksi pertama adalah dari golongan yang berpura-pura macam terperanjat. Manakala reaksi kedua pula dari golongan yang sudah masak dengan berita-berita yang dibawa oleh kaki temberang. Golongan yang nampak macam terperanjat (atau dalam istilah semasa terkejut beruk) akan terus mengulas mengenai pendedahan ini sampai ke tarikh pilihanraya bagi mengesahkan kepada masyarakat desa bahawa " the three billion Anwar" sememangnya tak berguna dan " the unbeatable Mahathir" adalah sebaliknya. Orang macam Anuar Musa misalnya, pasti akan berceloteh panjang tentang kedurjanaan Anwar Ibrahim walaupun dia sepatutnya bercakap pasal kemunduran masyarakat di luar bandar dan kerusinya yang sudah goyah di Peringat. Orang macam Ghani di Johor dan Khalil di Bukit Angkasa pula sekadar menyampuk dan bakal membuat pendedahan "incredible" seterusnya tentang kedurjanaan Anwar. Kesemua ini dilakukan sebagai jalan keluar untuk meraih kembali sokongan rakyat di ceruk kampung. Golongan yang kedua pula terdiri dari para pembaca Harakah yang setia dan para pengunjung ceramah alternatif. Golongan ini sudah tahu jantan betinanya ikan bila berkilas di air. Insyaallah, kesemua ledakan maklumat palsu yang digembar-gemburkan oleh media kawalan BN, hanya sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Lihat saja di kaca TV. Mula-mula gambar menteri bercakap mengenai duit 3 billion. Kemudian muncul pula wajah BPR yang berjanji akan menyiasat ke akar umbi. Ini diikuti pula oleh wajah polis yang berjanji akan membantu siasatan bila diperlukan. Dengan memperbesar-besarkan "the true confession" ini, maka sedikit demi sedikit akan tenggelamlah fail-fail penyiasatan yang melibatkan " Eric Chia the thief of Perwaja", " Rafidah the Shares distributor", " Rahim the naughty small Thamby", dan " the silent Daim". Lakonan ini masih belum selesai................. Wassalam KU MED |