|
|
Belanjawan 2000Umpan Besar Ibarat orang memancing, lagi besar umpannya lagi besarlah ikan yang bakal mereka akan dapat. Itulah yang dapat dikatakan kepada belanjawan tahun 2000 yang dibentangkan semalam. Walau pun nampak seperti rakyat dapat banyak faedah dalam belanjawan kali ini tetapi apakah jaminan rakyat tidak akan membayar lebih kepada keperluan harian mereka pada masa akan datang. Ada kemungkinan bagi menampung hadiah yang diberikan oleh kerajaan ini, kerajaan akan memastikan dapat memungut cukai yang banyak dari sektor koprat atau swasta. Maknanya sektor koprat dan swasta ini akan dapat membuat keuntungan yang besar pada masa akan datang. Untuk dapat untung yang besar tentulah dengan menjual barangan dan khidmatnya jauh lebih mahal. Tidak hairanlah kalau pada masa akan datang ini harga barangan akan naik, harga rumah akan naik, bayaran tol naik, bayaran elektrik naik , bayaran telefon naik, bayaran air naik, bayaran yuran pelajaran naik, kerana bila syarikat-syarikat swasta ini banyak untung kerajaan akan dapat mengutip cukai dari mereka. Walaupun rakyat dikurangkan membayar cukai dan gaji mereka ditambah, sebenarnya rakyat masih membayar cukai dengan cara membayar harga yang tinggi kepada segala keperluan dan khidmat yang diberikan oleh pihak swasta. Dengan kata lain sebenarnya kerajaan mengutip cukai dari rakyat secara tak langsung melalui harga yang tinggi yang dikenakan oleh pihak swasta dan peniaga. Untuk sebulan dua ini kita masih mampu untuk tersenyum, tetapi tidak berapa lama lagi terasalah peritnya. Wallahualam |