Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 06 November 1999

______________________________________________________________________________

 

 

Murad: Si Kambing hitam 

Setelah Abdul Murad, muncul pula kambing betina hitam yang namanya Nurhayati (namanya seperti tokoh dalam sebuah novel karya Allahyarham Prof. Hamka). Orangnya lumayanlah. Maka 'bermainlah' si kambing betina ini dengan kambing jantan kepunyaan Tamby Chik. 

ketika heboh cerita ini beberapa tahun lalu, Yati tidak pernah menafikan bahawa dia tidak pernah dijantani kambing Tamby Chik. Sang nenek kambing betina itu cuba hendak membela cucunya, maka dicarilah lawyer ahli parlimen Kota Melaka, LGE (Lim Guan Eng). Kerana lantang menyerang perbuatan kambing jantan Tamby Chik yang makan daun muda dalam kebun orang, LGE harus membayar harga pembelaannya terhadap kambing betina kepunyaan orang Melayu dengan hukuman penjara. 

Kelayakannya sebagai ahli parlimen pun ikut hilang. Sekarang orang yang dibela LGE berbalik paih. Seolah-olah balik menyerang LGE dengan mengatakan 'daun muda'nya tidak pernah dimakan kambing Tamby Chik. Padahal neneknya, Pendek Ahmad, mengatakan cucunya pernah mengaku 'daun muda'nya direnggut kambing Tamby Chik. Bahkan sempat membuahkan zuriat sebelum Yati kahwin dengan suaminya yang sekarang ini. 

Untuk lebih jelas, kerana Yati membuat pengakutan secara terbuka di depan media massa, sebaiknya pihak LGE yang mewakili nenek Pendek mencari di mana dikirimkan anak haram hasil hubungan sulit Yati dengan kambing Tamby Chik. Ambil contoh darah Yati dan kambing Tamby Chik untuk ujian DNA. Hanya dengan demikian akan berakhir perbalahan di antara nenek dan cucunya itu. 

Hanya dengan ujian DNA saja akan jelaslah apakah Yati sengaja dijadikan kambing hitam oleh pihak-pihak tertentu dengan maksud untuk memulihkan imej kambing Tamby Chik. Sebab ada cerita, dalam keadaan UMNO Melaka yang nazak sekarang ini, Mahathir memerlukan seorang tokoh yang mampu menghadapi cabaran Barisan Alternatif. Supaya kehadiran kambing Tamby Chik itu dapat diterima oleh masyarakat Melaka, maka Yati yang membisu seribu kelu selama ini pun terpaksa buka mulut. Kambing betina hitamkah Yati? 

Wallahu'alam.