KERAJAAN BN SERONOK MENGIRA RATUSAN RIBU!
Kemuncak kepada keruntuhan kepercayaan dan krisis sokongan rakyat sudah berakhir. Begitulah tanggapan kerajaan BN apabila menaja program 'BERJALAN UNTUK NEGARA'
(BUN) semalam.
Pecahan bilangan peserta BUN mengikut negeri ialah: 58,150 (Perlis), 136,388 (Kedah), 91,776 (Pulau Pinang), 213,272 (Perak), 135,963 (Selangor), 69,343 (Negeri
Sembilan), 59,624 (Melaka), 191,303 (Johor), 170,537 (Pahang), 113,241 (Terengganu), 186,732 (Kelantan), 173,666 (Sarawak), 202,485 (Sabah), 180,600 (Kuala
Lumpur) dan 18,580 (Labuan).
Bilangan ini berdasarkan kepada permohonan penyertaan yang diterima melalui pelbagai cara. Di negeri Perak umpamanya, cabutan bertuah, baju-T, Cap dan
track-suit percuma mungkin adalah antara pendorong mereka yang berduyun-duyun memohon menyertai program BUN.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila negeri terbanyak dalam senarai permohonan itu bertukar menjadi sebaliknya pada pagi 6 November, 1999. Selain
sumpah seranah serta kekecewaan di kalangan mereka yang hadir kerana gagal mendapatkan 'pemberian percuma' itu, kehadiran para peserta juga merupakan satu
isyarat bahawa krisis sokongan terhadap kerajaan BN Perak sukar ditangani dan perlu kepada penyelesaian jangka panjang yang serius.®