Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 06 November 1999

______________________________________________________________________________

 


KU LI TAK JEMU BERCAKAP TENTANG PAS

Hakikat pepatah bahawa kain sendiri berlumuran lumpur sudah dilupakan, kerana asyik mengira tepi kain orang lain. Inilah sikap kebanyakan pimpinan kerajaan BN, termasuk diperingkat kebangsaan dan negeri.

Kelancangan mulut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Ku Li yang mengatakan kesediaan PAS untuk menerima pemimpin DAP walaupun bukan Islam menjadi perdana menteri, membuktikan PAS seringkali difitnah kerana tidak memberi penilaian terhadap kebolehan dan kehendak orang Melayu untuk terus memimpin negara ini.

Ku Li memang gemar sekali berhadapan dengan Tuan Guru dalam pertentangan isu. Maklumlah Tuan Guru sudah popular berbanding dengan Ku Li yang terperap selama mana S46 berkubur, ingin meraih kepopularitian Tuan Guru sebagai batu loncatannya memanangi pilihanraya di negeri Kelantan.

Kepada Ku Li yang seringkali memainkan isu sehingga menggadai keimanan dan akidahnya sendiri, Minda Rakyat mahu anda berpolitik secara dewasa dan bukan politik tiga suku. Memutarbelit kata-kata seorang, bukan lagi taktik dewasa dalam berpolitik. Sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang bernas dan meyakinkan antara perkara yang perlu beliau titikberatkan.

Kefahaman terhadap Islam, perlaksanaan syariat Islam dan perbedaan antara syiar dan syariat adalah antara perkara yang perlu beliau dalami sebelum ditertawakan apabila bercakap mengkritik Tuan Guru.

Rakyat bawahan menilai 'kebodohan' seseorang pemimpin tidak kira samada Ku Li atau Pak Lah atau Maha Firaun itu sendiri pun lantaran kejahilan mereka dalam istilah dan definisi elemen yang dinyatakan di atas.

Mempunyai seorang pemimpin bukan Melayu apa bezanya dengan mempunyai seorang pemimpin Islam. Memiliki seorang pemimpin bukan Melayu yang taat kepada Allah dan RasulNya, apakah kekurangannya berbanding dengan pemimpin Melayu yang kufur kepada Allah dan nyata sekali menentang syariat dan perlaksanaan hudud sedangkan beliau mempunyai kuasa berbuat demikian?®