Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 06 November 1999

______________________________________________________________________________

 


PAK LAH LUPA NASIBNYA SEMASA DALAM S46

Memang manusia cepat lupa segala perbuatannya, apalagi perbuatan buruk. Begitulah yang berlaku kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah menjadi pembangkang kerana menyertai parti S46 beberapa tahun dulu.

Sebagai manusia yang lupa daratan Pak Lah B sanggup menuduh PAS mengorbankan matlamat perjuangannya asal dapat mencapai cita-cita politik parti itu sedangkan cita-cita politiknya bersama S46 telah ditelan waktu.

Tanpa mengetahui asal usul percakapan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz, Pak La B turut bersekongkol dengan pimpinan BN lain menghentam PAS kerana dikatakan terpaksa mengorbankan matlamat perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam kerana takut DAP merajuk.

Dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), beliau berkata PAS bersetuju bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan, diterima menjadi perdana menteri.

Di dalam muktamarnya pula PAS membuat keputusan agar pemimpinnya menjadi perdana menteri jika pembangkang menang di dalam pilihan raya umum kelak, katanya.

Pak Lah B mendakwa beliau tidak tahu apa sebenarnya yang dimahukan oleh PAS kerana sentiasa bermain politik. Kegagalan Pak Lah B memahami PAS diakui kerana beliau bukan pejuang PAS. Malah perjuangan BN pun Pak Lah begitu kabur, sekaligus rakyat menolak kepimpinan beliau berbanding dengan DSAI.

Meminta pembangkang menghentikan pendekatan memberi penerangan kepada rakyat dengan menidakkan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan, adalah satu permintaan bodoh yang lahir dari celah kepimpinan Pak La B dan pemimpin BN yang tak mampu lagi menandingi kewibawaan pembangkang terutama PAS.®