Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 07 November 1999

______________________________________________________________________________

 


PENDEDAHAN BERANI ANWAR IBRAHIM (SIRI AKHIR)

  1. Mengenai tuduhan rasuah yang saya cuba kemukakan di mahkamah, juga dianggap tidak relevan. Bahkan pasukan pendakwa akan segera melompat membantah manakala saya cuba mengemukakan bukti atau maklumat mengenai rasuah, lebih-lebih lagi bila nama DS Dr. Mahathir atau Tun Daim disebut. Saya menyebut isu perwaja menyebabkan kerugian negara hampir RM6 bilion ringgit dengan dokumen yang menunjukkan DS Dr. Mahathir mengarahkan Tan Sri Eric Chia memberi kontrak kepada syarikat tertentu. Apakah bukan rasuah apabila DS Dr. Mahathir yang bertanggungjawab langsung ke atas Petronas meluluskan hampir RM2 bilion untuk anaknya? Bagaimana dengan kelulusan peluang penswastaan, kontrak dan saham untuk anaknya berharga ratus juta ringgit setiap seorang serta menjadi pengarah dalam ratusan syarikat?
  2. TSMA juga telah meneliti laporan BPR mengenai pemiimpin-pemimpin yang memunggah kekayaan begitu banyak melalui saham, tanah, harta peribadi dan keluarga; tetapi fail disimpan sahaja. Dan tentunya TSMA lebih arif mengenai kekayaan yang amat ketara yang dikumpul oleh Tun Daim tatkala beliau menjadi Menteri Kewangan yang mempunyai bank sendiri, International Bank of Malaysia.  Semua ini menjadi rahsia umum; tetapi dasar pendakwaan terpilih inilah yang membantut usaha membenteras rasuah dan menegak keadilan.

Saya percaya dengan kenyataan tegas saya ini akan terpilih untuk didakwa seterusnya dengan pelbagai tuduhan rasuah, salahlaku seks, agen negara asing, dan lain-lain yang giat direkacipta. Tembelang pendakwaan cukup terbuka untuk disaksi dan diadili oleh rakyat. Nafsu serakah dan dendam kesumat DS Dr. Mahathir Mohamed belum cukup puas dengan saya dibelasah begitu rupa dan dipenjara 6 tahun. Jentera kerajaan termasuk Tan Seri Mokhtar Abdullah (TSMA) dan Jabatan Peguam Negara bersama media milik mereka dan saudagar kaya akan dikerahkan lebih-lebih lagi dalam usaha mengabui mata rakyat dari kejadian kezaliman, rasuah, kronisme dan nepotisme menjelang pilihanraya yang akan datang. Pemimpin-pemimpin yang zalim dan rasuah gentar dengan kemungkinan saya terus mendedahkan penyelewengan mereka. Saya tidak akan dibenarkan berada bersama rakyat. Mereka boleh merencanakan. Allah Ta'ala juga yang mentakdirkan.

Saya kurang pasti samada prasangka TSMA bertambah kerana BPR dikatakan mungkin menyiasat laporan bahawa beliau bercuti dengan seorang tokoh korporat di Itali. saya telah menjelaskan dalam surat kepada PM pada 25 Ogos, 1998 bahawa saya dikatakan mengarah BPR padahal saya tidak mengetahui mengenai siasatan tersebut. Walau bagaimanapun saya tidak mungkin menghalang BPR dari melakukan siasatan. Keduanya ialah desas desus yang digembar-gemburkan oleh seorang peguam yang berkeinginan menjadi Peguam Negara yang mengatakan saya akan melantik beliau sebaik sahaja saya punyai kesempatan. Berita ini tidak benar, walau bagaimana pun ia amat merunsingkan  TSMA.

Saya ingin menegaskan kepada TSMA bahawa kehandalan beliau diukur  dari keberanian menegakkan keadilan dengan bertindak terhadap sesiapa sahaja termasuk tokoh negara dan saudara kaya. Bukan handal namanya bila kita berrtindak terhadap anggota polis biasa kerana rasuah RM20; atau polis mendakwa beliau kerana mencuri seluar berharga RM15 ringgit; atau pemimpin kecil yang mengambil tanah sekangkang kera; tetapi membiarkan perasuah ratusan juta ringgit, dan perampas tanah ribuan ekar bermaharajalela?

Beliau tidak handal bertindak sebagai budak suruhan dan bersekongkol dengan komplot politik yang rakus dan rasuah. Beliau harus bebas dan tidak bertindak di atas arahan PM atau dibawah telunjuk Tun Daim. Janganlah angkuh dan tunjukkan kehandalan mengugut anak-anak muda yang menyuarakan keprihatinan tentang sistem keadilan dan pendakwan terpilih dan berniat jahat.

ANWAR IBRAHIM
Sg. Buloh