Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 07 November 1999

______________________________________________________________________________

 


RAKYAT MESTI MENOLAK KEPIMPINAN BN

Perbuatan mengambil kesempatan di atas kekuasaan yang ada untuk kepentingan peribadi berlaku dalam hampir semua ADUN dalam negeri Perak. Bermula dari pemberian konsesi balak, hinggalah kepada permit pasir sekali pun, maka ADUN dan kroni tidak terlepas dari mengaut keuntungannya untuk faedah peribadi mereka.

Kali ini Minda Rakyat mengambil kesempatan membuat pendedahan berhubung dengan ADUN Bota YB Ismail Hasbollah dan kroninya yang menguasai beberapa sekim perumahan di mukim Belanja.

ADUN Bota itu pernah dianugerah 5 ekar sekim perumahan di atas namanya secara peribadi di atas lot 57367 dalam mukim Belanja dan permohonannya telah diluluskan oleh exco kerajaan negeri Perak dalam  tahun 1997 melalui PTG.Pk. 407/53679(B).

Selain itu beliau menggunakan beberapa orang proxynya sepereti Abdul Rani Abdul Rashid, Anas Tahir dan Mohd Nizar dan Rakan-rakan.

Abdul Rani diluluskan sekim perumahan di Sg. Terap, Batu Gajah melalui PTG.Pk. 407/5-5711(B). Anas Tahir dan Mohd Nizar juga di Sg. Terap masing dengan keluasan 10 dan 3 ekar.

Ini adalah sebahagian bukti bahawa kerajaan BN menggunakan kesempatan berkuasa untuk mengkayakan diri mereka sendiri. Sebaliknya rakyat yang mengundi mereka tidak mereka bela. Di bawah kepimpinan Ramli Marcos, hampir tiada ADUN yang tidak menerima habuan mereka masing-masing dengan alasan 'politic fund' dan pembiayaan untuk kepentingan parti.

Bapa borek, anak rintik adalah ungkapan yang sesuai terhadap Ramli Marcos dan anak buahnya yang selama ini tidak melaksanakan tuntutan rakyat. Sebaliknya hidup mewah sebagaimana ADUN Lintang yang mampu mendirikan mahligai isterinya bernilai RM1.5 juta dan juga mengahwini pengacara jelita TV 3 suku iaitu Sharifah Shawati.

Persoalannya baru sepenggal atau dua, mengapa seorang YB/ADUN/AP itu boleh berubah kehidupannya secara mendadak dan memiliki rumah besar dan kereta mewah dalam bilangan sehingga berpuluh-puluh buah, sebagaimana Datuk Yahya, Ketua UMNO Bahagian Pasir Pinji yang sudah beristeri empat itu.

Kepimpinan UMNO/BN mesti ditolak oleh rakyat supaya pengagihan kekayaan kembali kepada hasil negeri dan negara dan ianya dapat diagihkan melalui pelbagai sumber, samada pendidikan percuma dan kemudahan jalanraya percuma iaitu bebas cukai di jalan raya. Ini mungkin berlaku jika kekayaan negara sepenuhnya dapat dimasukkan ke kantung negara!®