Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 07 November 1999

______________________________________________________________________________

 


MAHATHIR, SAMY VELLU SAMA MENGHINA PAS!

Sebagai mencerminkan keindahan Islam itu sendiri, Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz pernah menyatakan pendapatnya bahawa akan melantik seorang yang bukan Melayu untuk menjadi PM. Ini berlainan dengan kerajaan BN yang akan melantik hanya kaum Melayu menguasai kepimpinan negara.

Syarat lain sebagai PM antaranya, mestilah terdiri dari mereka yang berugama Islam dan mampu menunaikan tanggungjawab melaksanakan syariat Islam dan hukum hudud.

Bagaimana pun padangan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz Nik Mat menerima pelbagai reaksi pemimpin BN kerana mereka percaya kaum bukan Melayu pasti tertarik dengan tawaran daripada sebuah Kerajaan Islam. Namun kata Tuan Guru, jika Kerajaan Alternatif yang memerintah, maka PM yang dilantik itu mestilah mereka yang akan menunaikan kewajipan dan syarat yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Alternatif.

Pandangan Tuan Guru juga menarik perhatian PM Dr. Mahathir. Bagaimana pun seperti biasa pandangan itu dipesongkan. Menurut Dr. Mahathir, Pas akan berjanji apa sahaja untuk mendapatkan sokongan daripada orang Cina dan dakwanya sejarah telah membuktikan bahawa Pas tidak menunaikan janji untuk melantik seorang Timbalan Menteri Besar Kelantan daripada Parti Melayu Semangat 46 pada pilihan raya yang lepas, inikan pula janji kepada DAP.

Nampaknya Mahathir tak nampak siapakah Timbalan MB Kelantan ketika PAS memerintah. Malahan kenyataan Mahathir itu disusuli dengan fitnahnya bahawa ceramah-ceramah tertutup PAS hanya untuk orang Melayu sahaja.

Sementara itu Datuk Samy Vellu dalam kenyataannya yang berupa penghinaan ke atas ugama Islam itu berkata bahawa jika PAS dapat berkuasa di negara ini, parti itu hanya akan menghancurkannya.

"Satu negeri pun dia (PAS) tidak dapat membangunkannya, macam mana pula ia mahu membangunkan seluruh negara," kata Samy yang merujuk dengan jelas terhadap Kelantan yang merupakan satu-satunya negeri yang dikuasai oleh PAS.®