Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 08 November 1999

______________________________________________________________________________

 


MENOLAK TOHMAHAN UMNO (SIRI 12)

Mari kita menyambung kembali beberapa tohmahan UMNO terhadap PAS melalui pengedaran surat layang yang dikesan. Antaranya UMNO mendakwa:

  1. Mereka menggunakan Universiti untuk melahirkan cerdik pandai di kalangan anak bangsa sementara Universiti digunakan oleh pembangkang sebagai tempat menabur fitnah dan menghasut mahasiswa membenci kerajaan.
  2. UMNO menggunakan lebuhraya untuk keselesaan pengguna sementara Pembangkang menggunakan lebuhraya untuk menunjuk perasaan.
  3. UMNO menggunakan teknologi untuk persediaan menjadi negara maju sementara pembangkang menganggap teknologi punca kehilangan modal.
  4. UMNO menganggap syarikat-syarikat besar sebagai penyumbang kepada ekonomi negara sementara pembangkang menganggapnya satu masalah besar.
  5. UMNO menganggap litar F1 sepang boleh membantu menaikkan imej negara sementara pembangkang menganggap ia akan menenggelamkan mereka.
  6. KLIA adalah projek masa kini UMNO untuk masa depan sementara pembangkang menganggap ia nampak sumbang.
  7. UMNO menganggap media barat suka memutarbelit sementara pembangkang anggap 'serupa kita' (memutar belit).
  8. UMNO anggap kelompok miskin masyarakat yang perlu dibantu sementara UMNO dakwa pembangkang peralatkan mereka untuk kepentingan politik.
  9. UMNO kata parlimen adalah tempat untuk menyumbang idea sementara pembangkang gunakanya untuk mencari glamour.
  10. UMNO dakwa menggunakan pentas ceramah untuk berucap sementara pembangkang menggunakan nya sebagai tempat menghasut, memfitnah mencaci dan berbohong.
  11. UMNO dakwa internet digunakannya sebagai sumber kemajuan teknologi sementara pembangkang menjadikannya kilang fitnah.
  12. UMNO dakwa subsidi sebagai kaedah membantu meningkatkan taraf hidup rakyat sementara pembangkang mengatakannya rasuah yang dihalalkan.
  13. UMNO mendakwa suratkhabar untuk dibaca sementara pembangkang untuk dibakar dan di'liang lahatkan'.
  14. UMNO berkata dunia ini adalah tempat untuk menabur bakti tetapi pembangkang katanya menjadikan dunia sebagai tempat untuk mencaci dan memaki hamun kerajaan.
  15. UMNO mendakwa mendaulatkan ugama Islam sebagai agama resmi tetapi mendakwa pembangkang menggunakan ugama untuk dipolitik dan diputarbelitkan.
  16. UMNO dakwa menggunkan masjid sebagai tempat beribadat manakala pembangkang dikatakan menggunakan masjid sebagai pentas politik membenci kerajaan.
  17. UMNO dakwa kanak-kanak perlu dijaga kebajikannya sementara pembangkang memperalatkan kanak-kanak untuk propaganda politik sebagaimana iklan dalam Harakah.
  18. UMNO menganggap DSAI sebagai penderhaka dan pembelot manakala pembangkang menganggapnya sebagai 'hero rakyat'.
  19. Karpal Singh dianggap UMNO sebagai pembohong dan anti Islam sementara pembangkang anggap ia sebagai sahabat.

Ini adalah antara fitnah yang dihadapkan oleh UMNO terhadap PAS dan parti alternatif yang lain. Minda Rakyat mengalu-alukan jawapan anda untuk menolak fitnah UMNO di atas, dan insyaAllah pendapat anda itu akan disiarkan dalam beberapa siri melalui 'Menolak Tohmahan UMNO'.®