Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 07 November 1999

______________________________________________________________________________

 

 

BETAPA PEMURAHNYA KERAJAAN PERSEKUTUAN?

Walau pun bebas banjir selama 10 tahun lalu namun, sebagai persediaan Kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan berjumlah RM32.3 juta bagi menstabilkan tebing Sungai Kelantan sepanjang 12.6 kilometer dalam 16 pakej projek.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Cho Weng Keong berkata pada masa ini pihaknya sedang melaksanakan empat pakej sepanjang 4.2 kilometer dengan peruntukan RM9.3 juta. Semua projek itu dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Empat pakej itu membabitkan projek di Pasir Pekan (Kota Baharu), Kampung Jias (Pasir Mas), Kusial (Tanah Merah) dan Kampung Temangan (Machang).

Manakala 12 lagi pakej sepanjang 8.6 kilometer bagi projek di sungai itu telah disiapkan dengan perbelanjaan kira-kira RM23 juta.

Katanya, penduduk Pasir Pekan mendapat faedah paling besar di bawah projek menstabilkan tebing Sungai Kelantan kerana RM7.9 juta daripada keseluruhan perbelanjaan projek tersebut ditumpukan di kampung itu.

Ini diikuti dengan RM5.45 juta yang diperuntukkan bagi menjayakan projek di Kedai Buloh dan RM4.93 juta di Kampung Laut.

Usaha menstabilkan tebing Sungai Kelantan bermula tahun 1978 dengan pembinaan dinding konkrit bagi perlindungan banjir dan teknik lapis lindung untuk menstabilkan tebing.

Ia diberi keutamaan oleh JPS kerana Sungai Kelantan merupakan sungai utama di negeri ini yang menjadi nadi kegiatan ekonomi bagi penduduk yang tinggal di sepanjang tebingnya.®