Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 07 November 1999

______________________________________________________________________________

 


JANGAN UNDANG BALA 'PERCUMA'

Perbuatan mencabar ulama dan kewibawaannya mungkin mengundang 'bala percuma' dari Allah s.w.t. Demikian pendapat seorang tokoh ugama yang enggan namanya disiarkan. Jika ingin berpolitik, terserahlah, tetapi jangan sekali-kali mengundang bala iaitu dengan mencabar perkara yang remeh temeh terhadap seorang ulama.

Minda Rakyat cuba mendapatkan pandangan tokoh ugama tersebut apabila mengetahui cabaran oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletak jawatan Menteri Besar Kelantan dan melantik pemimpin Barisan Alternatif yang bukan beragama Islam memegang jawatan itu.

Mutakhir ini pemimpin BN berkecenderungan membuat cabaran tetapi bila disahut mereka takut. Cabaran yang dibuat oleh Abu Zahar Isnin pula dilihat seperti  'orang mengigau' kerana cabarannya tidak kena pada empatnya. Cadangan melantik PM dari kaum bukan Melayu pernah disuarakan oleh Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz sebagai mempamirkan keindahan Islam itu sendiri yang tidak memihak kepada sesuatu kaum untuk jadi pemimpin.

Syarat utama perlantikan pemimpin itu antaranya, mereka mestilah bertanggungjawab dan berkemampuan melaksanakan titah perintah Allah dan majlis syura dalam pemerintahan Islam. Bagi Kerajaan Alterntif pula PM itu mestilah mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Alternatif.

Cabaran supaya Datuk Nik Aziz meletak jawatannya dan melantik pemimpin daripada Barisan Alternatif yang tidak beragama Islam menjadi Menteri Besar di Kelantan dilihat sebagai tidak ada kena mengena kerana negeri itu dikuasai oleh PAS selama 10 tahun lalu. BA hanya baru berusia beberapa bulan dan tidak mungkin mengambilalih sebuah negeri yang berdaulat dan menerima kepercayaan seluruh rakyatnya dan memerintah sebegini lama.

Kompromi BA dan perancangannya adalah selepas pilihanraya umum negara dan tidak ada kaitannya dengan kerajaan yang sediada.

Kenyataan Abu Zahar Isnin membuktikan bahawa pemimpin BN semakin cemas kerana sistem pemerintahan BA yang diajukan untuk rakyat lebih ikhlas dan terbuka. Walaupun begitu ia perlu kepada pematuhan syarat-syarat tertentu yang pasti akan diwujudkan setelah bergelar kerajaan nanti.®