Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 07 November 1999

______________________________________________________________________________

 


STICKER UMNO BOLEH DIBILANG DENGAN JARI

Minggu lalu 'kununnya' Pemuda UMNO Malaysia mengulang cetak 500,000 sticker 'UMNO Dulu, Kini dan Selamanya..'.  400,000 sticker tersebut, kununnya sudah diedarkan kepada penduduk kampong, walau pun dibandar besar seperti Kuala Lumpur itu jutaan penduduknya, tetapi hampir tiada yang memasang sticker tersebut.

Akhirnya seorang exco pergerakan pemuda UMNO Malaysia dalam kenyataan media, mengaku bahawa di Kuala Lumpur tiada yang memasang sticker di kenderaan mereka. Tetapi beliau mendakwa di kampong-kampong kebanyakan kereta memasang sticker berkenaan.

Pemerhatian Minda Rakyat di Lembah Kinta sejak pengedaran sticker tersebut April lalu, secara peribadi hanya baru bertemu kurang 10 kereta yang memasang pelekat. Jumlah itu mungkin melebihi 10 kali ganda yang tidak berpeluang melihatnya. Namun untuk mengesahkan hampir semua kenderaan di kampong sekitar Lembah Kinta juga tidak. Kadar 10 peratus juga tidak. Yang nyata hanya beberapa buah sahaja yang masih karat UMNOnya dan setelah disiasat mereka itu berjawatan sekurang-kurangnya AJK cawangan.

Jumlah itupun jika nak dikira masih tidak tepat kerana jika ditolak jumlah AJK, Setiausaha, hatta Ketua Cawangan yang keluar UMNO tidak terbilang! Ringkasnya jumlah 900,000 sticker UMNO itu hanyalah momokkan pergerakan pemuda yang nyata mahu meraih sokongan dengan menunjukkan rakyat masih menyokong mereka. Mereka menuduh parti lawan mengugut ahli yang cuba memasang sticker berkenaan. Itu juga tidak benar.

Hakikatnya jumlah yang masih setia kepada UMNO sudah berkurangan dan yang masih menyokong pula malu untuk memasang sticker berkenaan. Parti lawan tidak pernah mengugut sesiapa ahli UMNO yang berkenan memasang sticker berkenaan. Hanya pemuda UMNO yang masih bersikap 'pengecut' bukan sahaja untuk hadir membawa bendera parti mereka ke ceramah alternatif, hanya untuk memasang sticker di kenderaan sendiri pun mereka tidak mampu...®