Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 08 November 1999

______________________________________________________________________________

 


CADANGAN MENGADAKAN MOGOK UMUM

Cadangan untuk mengadakan mogok umum ini telah di utarakan dalam forum hampir setahun lalu, tetapi kemampuan parti pembangkang dan NGO's sebelum ujudnya parti keadilan untuk mengadakan mogok umum hanya lah satu 'dream' yang perlu di rancang dengan teliti.

Setahun telah berlalu, dan keahlian parti pembangkang dan NGO's entah berapa. Rakyat Malaysia yang bekerja lebih dari 9 juta orang. Oleh itu melumpukan ekonomi sebagai senjata politik untuk menundukkan kerajaan sekurang kurang nya ahli parti pembangkang itu sendiri mestilah menjadi tunggak mass atau kumpulan yang besar masyarakat yang ramai yang mampu menjadi kuasa merubah dan kuasa yang perlu di hadapi kerajaan, yang lain akan mengikut the large masses.

Itu adalah hakikat dan psykologi manusia dalam masyarakat. Sekira nya parti alternatif telah mempunyai 4.5juta ahli maka sudah nyatalah mereka mampu menjadi satu kuasa yang perlu di beriperhatian olih semua kalau tidak tindakkan ini di anggap satu tindakan yang di buat dengan terburu buru tanpa sokongan besar dan akan backfire.

Sekira nya massas keahlian telah kukuh; Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dalam parlimen kini dan bakal Perdana Menteri Malaysia bolih mengistiharkan kepada semua ahli parti alternatif serta penyokong nya untuk mengambil cuti umum tak bergaji demi mempertahan kan keadilan atau DSAI istiharkan saja cuti umum HARI KEADILAN RAKYAT dan dengan otomatik "Negara will be at a stand still" yang bermakna perhidmatan awam seperti kenderaaan, pelabohan,lapangan terbang, teksi,bas, bank akan tutup.

Ekonomi akan lumpuh, kroni kroni akan rugi besar kerana saham jatoh dan perniagaan mereka akan merosot, simpanan wang asing akan turun dan meletakan tekanan hebat kepada kerajaan firaun untuk mempertahan kan negara. Atau mogok bolih di istiharkan berperingkat peringkat seperti Bas dan lori, satu hari di ikuti dengan teksi, pelabohan, bank, kedai runcit, restaurant, hotel, toll, pemungut cukai, guru, Radio dan television, akbar, stesen minyak, pekerja kilang kilang dan seterus nya. https://members.tripod.com/~doimoi99/dm0411neo.html

MOGOK UMUM: CARA MENJATUHKAN REGIM MAHATHIR?

Banyak cara yang telah dicuba oleh pihak barisan alternatif untuk melemahkan regim Mahathir. Berdemonstrasi secara aman adalah cara yang baik di negara yang hak untuk rakyatnya berkumpul secara aman dilindungi. Namun itu bukanlah hakikatnya di Malaysia. Banyak para demonstrator yang dipukul dan diseksa, dan lebih menyakitkan hati, media propaganda menuduh mereka sebagai perusuh.

Begitu juga dengan cara menunggu hingga pilihanraya. SPR, Polis, dan lain-lain badan adalah di bawah kuasa mutlak Mahathir dan mereka akan menipu dengan apa cara sekalipun untuk menang. Ingin saya bertanya anda di sini, adakah anda sanggup bertinju dalam satu pertarungan yang mana promoternya adalah Don King, seorang sedang didakwa kerana menipu dan juga pernah dipenjara kerana membunuh? Tentu tidak bukan?

Begitulah analoginya pilihanraya di Malaysia dengan SPR sebagai promoternya Walaupun saya yakin pilihanraya kali ini tidak akan memberi kemenangan kepada pihak alternatif, saya tetap menyokong usaha BA menyertainya, kerana kita perlu mencuba semua 'avenue' yang sah di sisi undang-undang dalam menentang regim Mahathir.. selepas itu, sekiranya masih tidak berjaya, eloklah parti alternatif mencuba cara yang saya akan bentangkan sebentar lagi.

Satu-satunya cara yang paling berkesan untuk meruntuhkan regim kejam Mahathir ialah dengan menyerang ke tempat yang paling memeritkan mereka, iaitu di POKET. Cara yang saya maksudkan ialah dengan mengadakan MOGOK secara besar-besaran. Mogok tersebut boleh dimulakan sehari seminggu, katakan hari Rabu, dan kemudiannya ditambah sehari demi sehari hinggalah ianya berkesan melumpuhkan regim Mahathir. Cara ini bukan sahaja sah di sisi undang-undang, malah ianya amat berkesan sekali untuk merampas daripada regim Mahathir satu-satunya instrumen yang menjadi penyambung hayat regimnya yang zalim itu, iaitu WANG.

Saya sedar cara ini akan memeritkan orang ramai, namun itulah pengorbanan yang diperlukan jika kita benar-benar ingin melihat negara ini kembali ke jalan yang benar. Kian telah lama dibuai dengan kemewahan, kita lupa yang segala yang kita kecapi ini adalah pinjaman bersifat sementara. Kita juga tidak sanggup untuk melepaskan kemewahan tersebut untuk mencapai matlamat yang murni.

Namun satu hari nanti, bila realiti terdampar di hadapan mata kita bahawa semua harta negara sudah dibolot oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya, dan bila rakyat jelata sudah papa kedana, barulah kita akan sedar kesilapan kita, namun ketika itu semuanya sudah terlambat.

Mogok ini hendaklah dipimpin oleh parti-parti alternatif, kerana kesatuan sekerja sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk bejuang untuk pekerja. Zainal Rampak sudah dibeli dengan jawatan Senator. Lihat sahaja penggabungan bank baru-baru ini. Mahathir dan kuncu-kuncunya berani mencuba melakukannya walaupun ada yang mengatakan sehingga 20,000 pekerja bakal diberhentikan. Bahkan dengan angkuh dia berkata bahawa mereka yang dibuang kerja adalah 'cukup cerdik' untuk mencari kerja di tempat lain. Kenapa dia begitu berani sekali?

Ini adalah kerana dia sedar bahawa semangat kesatuan pekerja di Malaysia sudah hilang. Masing-masing hanya memikirkan nasib pekerjaan secara individu, dan bukannya secara kolektif. Semangat kesatuan inilah yang perlu digembeleng kembali sekiranya kita ingin menjatuhkan regim yang zalim ini.

Perancangan yang teratur adalah diperlukan untuk memastikan kejayaan mogok ini. Penyertaan yang MAKSIMA adalah penting dalam hal ini kerana mogok secara kecil-kecilan tidak akan membawa kesan, malah ianya akan mendatangkan mudarat pula, kerana mereka yang mogok ini hanya akan digantikan dengan pekerja yang lain.

Semua ahli-ahli parti alternatif hendaklah berganding bahu dalam menjayakan mogok ini. PAS mempunyai lebih 750,000+ ahli, KeADILan pula lebih kurang 250,000-350,000 orang, ditambah pula dengan DAP dan PRM, saya yakin sekurang-kurangnya ada 1,000,000 orang ahli yang boleh digembeleng (walaupun bukan semuanya bekerja). Mereka juga boleh menarik sokongan mereka yang tidak berparti, terutamanya mereka yang bersimpati dengan Barisan Alternatif. Rasa-rasanya angka 1 juta orang pekerja bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Jika matlamat itu dicapai, maka ini sudah menjangkau 11.4% daripada jumlah tenaga pekerja di Malaysia yang berjumlah 8.8 juta orang (Jabatan Perangkaan, Jun 1999) dan bagi saya itu sudah lebih daripada cukup untuk memberi kesan yang maksima kepada regim Mahathir. Ianya akan lebih berkesan lagi jika serangan ditujukan kepada sektor-sektor yang 'vital' seperti perkilangan (terutamanya elektronik dan semikonduktor), pengangkutan (bas, teksi, keretapi, kapal terbang ), perlombongan (minyak Petronas) dan beberapa lagi.

Mogok in juga perlu disertakan dengan konsep 'civil disobedience'. Para pemogok boleh beramai-ramai tidak membayar cukai, atau tidak membayar bil-bil kerajaan dan juga tidak memberi sokongan kepada apa sahaja kemudahan awam, siaran t.v. kerajaan, akhbar kerajaan dan sebagainya. Ini akan merendahkan lagi pendapatan kerajaan dan juga melemahkan kredibiliti kerajaan keseluruhannya.

Perang propaganda untuk menarik simpati orang ramai juga penting. Sokongan mereka yang di atas pagar adalah amat diperlukan untuk sama-sama menjayakan mogok ini. Pengedaran risalah dan sebagainya perlu dilakukan untuk menarik sokongan orang ramai. Perkara yang seterusnya yang perlu dirancang ialah 'support group' di peringkat grassroot. Seperti kesatuan pekerja yang menubuhkan tabung untuk meringankan beban ahli yang melancarkan mogok, ahli-ahli barisan alternatif juga perlu melancarkan tabung di peringkat cawangan untuk membantu ahli-ahli yang mogok.

Tabung ini perlu dimulakan dari sekarang dan ianya hendaklah dikumpulkan dari berbagai bentuk 'stok', seperti wang tunai, makanan tahan lama, ubat-ubatan 'basic' dan lain-lain. Perancangan yang rapi adalah amat penting kerana mogok adalah 'war of attrition' , atau perang yang saling lemah-melemahkan, dan di penghujungnya nanti, pihak yang paling kuat daya tahannya akan berdiri sebagai pemenang.

Jika ianya berjaya, mogok ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada 'kantung' regim ini. Bayangkan jika minyak mentah tidak dapat dipam keluar oleh Petronas, tol lebuhraya tidak dapat dikutip oleh PLUS, kilang-kilang daripada Dell Computers hingga ke Sharp Electronics hingga ke Motorola Semiconductors semuanya lumpuh. Tekanan ke atas Mahathir pasti akan datang daripada pelabur antarabangsa dan dalam negara agar kehendak rakyat dilaksanakan, dan Insya-Allah kita akan berjaya.

Saya sedar bahawa banyak perkara yang saya utarakan ini amat berisiko tinggi dan amat sukar untuk dilaksanakan. Namun jika kita imbas kembali setahun yang lampau, tiada siapa yang boleh menjangkakan yang Lim Guan Eng, seorang Cina, boleh digelar 'penyelamat bangsa Melayu' dan dihadiahkan sebilah keris oleh sebuah parti yang berteraskan Islam (PAS)! Tiada apa yang mustahil jika kita berusaha mencapainya.

Jika takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan……

*Sekali lagi diingatkan bahawa tindakan di atas adalah pilihan terakhir rakyat , setelah semua usaha di dalam lingkungan undang-undang telah gagal…

Salam,
Neo