Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 08 November 1999

______________________________________________________________________________

 


PANDANGAN MENGENAI MOGOK UMUM

Setelah meneliti beberapa pendapat dan pandangan, Minda Rakyat melahirkan sokongan dan persetujuan bahawa 'mogok umum' haruslah ada dalam perancangan parti-parti alternatif, sekiranya hingga akhir tahun ini (1999), Parlimen masih belum dibubarkan.

Cadangan mogok itu jangan terlalu lama, umpamanya hanya seminggu, tetapi dilancarkan secara besar-besaran yang melibatkan seluruh jentera perkhidmatan kerajaan, swasta, perkhidmatan awam dan swasta, telekom, dan keseluruh perkhidmatan yang mana terdapatnya sokongan daripada ahli parti alternatif.

Jika tidak mahu mogok secara rasmi, lancarkan 'pra-mogok' dengan meminta seluruh ahli parti alternatif mengambil cuti tahunan mereka atau dicampur dengan MC selama satu minggu. Kita mesti melakukan secara menyeluruh supaya akan memberikan kesan mendalam terhadap ekonomi negara yang kini dikuasai sepenuhnya oleh regim Maha Firaun itu.

Jika BSKL tidak berfungsi, perkhidmatan keretapi, bas dan teksi tergendala, penerbangan awam tidak bergerak, maka tekanan terhadap ekonomi negara akan dirasai asal sahaja dilaksanakan serentak selama seminggu atau dua minggu.

Ahli parti hendaklah berehat dirumah dan bersedia membantu antara satu sama lain dan jika boleh dalam waktu tersebut menganjurkan apa-apa karnival yang boleh membantu ekonomi mereka secara kumpulan dan peribadi untuk menampung keperluan semasa tempoh mogok tersebut.

Pimpinan Alternatif mesti mengambilkira bahawa peranan yang mereka mainkan ketika ini bukan sahaja sebagai pemimpin politik kerana adalah benar dakwaan yang mengatakan pemimpin kesatuan sekerja telah dibeli dengan pangkat dan kekuasaan mereka.

Hanya kesatuan rakyat yang kukuh akan mampu menumbangkan regim Mahazalim itu  dari bertakhta dan mengundang kerugian besar kepada negara.

Percayalah bahawa setiap niat yang baik dan disertai pula dengan perbuatan yang baik, akan direstui Allah beserta ganjaran yang baik dariNya!!

Polong Cyber®