GERAKAN MENGUTUK ULAMA MENULAR KE PERAK
Gerakan mengutuk para ulama yang dipercayai dilakukan oleh kuncu-kuncu UMNO nampaknya bukan sahaja berlaku di Langkawi sebagaimana laporan Harakah Isnin 8
November. Malahan gerakan tersebut berlaku di negeri Perak dipercayai bermula dari utara hingga ke Lembah Kinta.
UMNO menggunakan segala daya upaya menolak perjuangan Islam PAS dengan mengedarkan surat layang dan di dalamnya, memberikan tafsiran bahawa PAS itu adalah Parti
Ajaran Syaitan. Antara lain UMNO juga mengaitkan bahawa ulama yang menyokong perjuangan Islam PAS sebagai ulama songsang dan mendakwa ulama sebenar hanyalah
memberikan buah fikiran yang baik yang sering membawa keamanan dan keharmonian hidup.
Namun kini, menurut surat layang tersebut, ulama turut sama bertanggungjawab menyebarkan fitnah DSAI diracun. Begitulah sempitnya tafsiran UMNO tentang ulama.
UMNO yang terkenal dengan sikap bongkaknya kini tidak boleh menerima teguran sesiapa hingga mereka sanggup mencerca ulama yang sudah tidak mahu lagi
bersekongkol dengan kezaliman yang dilakukan.
Diakhir surat layang itu UMNO memetik bahawa golongan ulama perlu sedar bahawa setiap perbuatan mereka 'kununnya' dinilai oleh orang ramai. Ulama juga bukanlah
satu tiket untuk melakukan pebohongan dan melaga-lagakan umat Islam dan memohon supaya ulama dilaknati Tuhan.
Begitulah antara kandungan surat layang UMNO kepada rakyat. UMNO yang sememangnya terkenal dengan budaya surat layang, telah mengumpul bukti surat layang
sebegini lalu dibukukan dengan judul '50 Dalil Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM'. Buku itu kemudiannya diedarkan keseluruh bahagian UMNO dan masjid di negara ini
dengan tujuan memalukan DSAI sebelum memecatnya.
DSAI juga dijatuhkan dengan surat layang fitnah di mana beliau mempunyai kelakuan seks luar tabiee serta mempunyai hubungan sulit Shamsidar Taharin, isteri
Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali.
Budaya surat layang adalah budaya UMNO. PAS tidak menggunakan surat layang untuk memperluaskan pengaruhnya. Sebaliknya PAS mendidik dan mentarbiah umat
Islam untuk kembali kepada rahmat Allah dan bertaubat sekiranya terlanjur. Kemurnian perjuangan Islam PAS kini amat digeruni UMNO kerana itu berbagai
percubaannya merosakkan perjuangan Islam PAS dengan berbagai kutukan dan fitnah liar yang nyata tidak dihiraukan masyarakat Islam masa kini.
TAKBIR!!!