MENOLAK TOHMAHAN UMNO (SIRI 13)
Mari kita menyambung kembali beberapa tohmahan UMNO terhadap PAS melalui siri 12 dimana dakwaan pertamanya ialah UMNO mendakwa mereka menggunakan Universiti untuk melahirkan cerdik pandai di kalangan anak bangsa
sementara Universiti digunakan oleh pembangkang sebagai tempat
menabur fitnah dan menghasut mahasiswa membenci kerajaan.
ULASAN MINDA RAKYAT
Universiti memanglah tempat untuk manusia menimba ilmu. Tetapi UMNO kerap menuduh PAS menggunakan kesempatan universiti sebagai medan menabur fitnah dan
menghasut mahasiswa membenci kerajaan.
Sebelum mengemukakan tuduhan itu UMNO perlu membuktikan bilakah pembangkang khususnya PAS dibenarkan untuk berceramah di hadapan penuntut universiti. Belum
pernah jadi dalam sejarah PAS dibenarkan untuk berkempen atau menerangkan pendiriannya di hadapan penuntut universiti.
Jadi di awalan lagi kita sudah mampu menolak tuduhan UMNO bahawa kita menggunakan universiti untuk menghasut mahasiswa.
Kedua, mahasiswa bukanlah hak sesiapa apalagi didakwa sebagai milik UMNO. Mereka adalah manusia istimewa yang dianugerah kelebihan dalam pengetahuan dan
kecerdikan akal. Justeru itu mereka sudah pasti dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.
Ketiganya, mahasiswa membiayai pelajarannya sendiri. Mereka tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan memerintah. Mendidik rakyat adalah sebahagian
tanggungjawab pemerintah. Tiada biasiswa, hanya pinjaman pendidikan dan mereka boleh perolehi di mana jua.
Justeru itu tidak timbul soal hasut menghasut. Jika mahasiswa yang berada di kalangan masyarakat terpelajar negara ini sudah menolak kepimpinan BN, apakah
kita yang cuma berpendidikan lebih rendah dari itu pula hendak menunjuk pandai dengan mengatakan kepimpinan BN hari ini masih baik dan tiada sebarang
kepincangan?