Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 09 November 1999

______________________________________________________________________________

 

DOKUMEN RAHSIA BELAYAR BERSAMA JALUR GEMILANG ?

Dua tiga bulan lepas rakyat Malaysia tumpang gembira dan berbangga dengan kejayaan Dato’ Azhar Mansor mengelilingi dunia dengan kapal layar Jalur Gemilang. Cabaran yang dilaluinya dengan tabah amat mengkagumkan. Bukan senang dan mudah untuk mengharungi lautan luas seorang diri dengan hanya berbekalkan kecekalan sebegitu.

Walau bagaimana pun, cabaran getir termasuk patah tiang layar di tengah-tengah lautan telah berjaya ditempuh dengan tabah oleh Azhar Mansor. Sebelum ini mungkin tidak terlintas dan terfikir oleh kita betapa projek pelayaran Jalur Gemilang tersebut mendapat naungan yang begitu kuat dan bersemangat daripada Perdana Menteri sendiri. Segala sokongan kewangan, moral dan logistik diberikan dengan penuh perhatian kepada Azhar. Rupanya di sebalik pelayaran tersebut, ada sesuatu yang menjadi rahsia besar !

Saya mendapat cerita bahawa banyak dokumen-dokumen rahsia penyelewengan dan kejahatan Mahathir dibawa bersama dengan kapal Jalur Gemilang, untuk disembunyikan di luar negara. Dengar ceritanya, dokumen-dokumen tersebut dibawa oleh Dato Azhar Mansor dan ‘disambut’ oleh orang-orang tertentu di luar negara untuk disembunyikan. Mungkin ia dibawa melalui Jalur Gemilang untuk mengelak daripada disyakki oleh sesiapa pun. Dokumen tersebut mungkin disembunyikan kerana Mahathir mendapat maklumat daripada sumber perisikannya sendiri bahawa Barisan Nasional akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan diadakan.

Saya percaya dokumen tersebut masih mempunyai nilai tertentu kepada Mahathir, sebab itu ia tidak dimusnahkan. Jika BN masih menang lagi, dokumen tersebut mungkin akan dibawa balik semula. Cerita ini mungkin ada kebenarannya sebab jika diperhatikan, bagaimana ketika tiang layar Jalur Gemilang patah dua dipukul ribu di tengah-tengah lautan, Mahathir dengan serta merta mengarahkan TUDM menghantar tiang ganti, dengan penerbangan yang menjangkau berpuluh ribu batu, ke Kepulauan Falkland.

Kejadian menyembunyi atau memusnahkan dokumen-dokumen rahsia berkaitan penyelewengan ini samalah seperti ketika BN kalah dengan pukulan TKO di Kelantan dalam tahun 1990 dahulu, dimana banyak dokumen-dokumen yang telah dimusnahkan untuk mengelak daripada diketahui oleh kerajaan baru yang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

Maka tidak mustahil Mahathir akan melakukan perkara yang sama kerana yakin yang BN akan kalah teruk dalam pilihanraya kali ini. Tidak mustahil Dato Azhar Mansor dilantik sebagai “posmen” untuk menghantar dokumen-dokumen tersebut keluar negara, di sebalik pelayaran Jalur Gemilang. Saya harap perisik-perisik reformasi yang berada di dalam dan di luar negara (terutama di Kepulauan Falkland/Argentina) atau mana-mana negara yang disinggahi oleh Azhar Mansor, dapat membongkar perkara ini.

Anak Buloh Betong