Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 09 November 1999

______________________________________________________________________________

 

ANTARA BUKTI KERAJAAN BN GAGAL MEMBELA KETUANAN MELAYU

BERNAMA melaporkan sebuah firma besi milik Malaysia akhirnya ditutup semalam selepas gagal mendapat suntikan modal bagi menyelesaikan hutangnya berjumlah 15 bilion peso (RM1.5 bilion).

Tetapi Gabenor Bank Pusat Rafael Buenaventura berkata penutupan National Steel Corp (NSC), firma besi terbesar di Filipina tidak akan menimbulkan kekalutan dalam sektor perbankan.

NSC ialah milik Hottick Investments Ltd yang berpusat di Hong Kong. Syarikat itu dilaporkan dikuasai oleh pengerusi kumpulan Renong Tan Sri Halim Saad.

Hottick menguasai NSC dengan memiliki saham-saham Wing Tiek Holdings, sebuah lagi syarikat Malaysia.

Penutupan NSC terbit daripada langkah oleh 14 bank yang memberi pinjaman untuk merampas pelbagai aset yang digunakan sebagai agaran bagi pinjaman sejak beberapa tahun lepas.

Bank yang memberi jumlah pinjaman terbesar kepada NSC antaranya ialah dua bank milik negara -- Philippines National Bank sebanyak 5 bilion peso; dan Land Bank of the Philippines, sebanyak 1.2 bilion peso.

Masalah kewangan NSC berpunca daripada kisis matawang yang melanda Asia tahun lalu yang menyebabkan peningkatan kadar faedah pinjaman dan juga kemerosotan penjualan produk akibat kegawatan ekonomi.

Buenaventura berkata kebanyakan masalah pinjaman telahpun disusun semula dna hanya isu NSC yang belum diselesaikan.

Beliau berkata bank-bank masih boleh mendapatkan semula pembayaran pinjaman dari NSC kerana sesetengah produk pengeluaran syarikat itu masih memberi keuntungan.

"Banyak syarikat yang berminat untk membeli beberapa bahagian pengeluaran NSC," kata beliau.