RAMLI MARCOS DAKWA PEMIMPIN PAS BERCANGGAHAN
Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Marcos berkata bahawa pemimpin PAS sengaja menjebak diri mereka dalam lubuk percanggahan dalam usaha untuk menarik lebih ramai
pengundi dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang radikal.
Itulah kenyataan beliau setelah lama berendam air mata, berikutan berita bahawa beliau akan digugurkan dari senarai calon yang bertanding dalam pilihanraya umum
akan datang.
Ramli juga menyifatkan di kalangan pemimpin pembangkang seperti sudah adanya pertandingan untuk membuktikan siapa boleh mencadangkan idea-idea yang radikal,
inovatif dan kreatif.
Ramli Marcos kini sedang berusaha menempatkan diri dalam perebutan 3 penjuru untuk bertanding di Parlimen Tambun. Bagaimana pun seorang calon yang disebut-sebut
dalam pertandingan itu sudah bergelar Senator beberapa minggu lalu iaitu Senator Datuk Aziz Shamsuddin.