Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 10 November 1999

______________________________________________________________________________

 


KENAPA JAWATAN PM BEGITU KONTROVERSI

Hanya beberapa patah perkataan yang telah dikelirukan, suasana politik negara ketara perubahannya dengan isu jawatan PM. Mungkin itu juga adalah hasrat Tuan Guru sendiri yang menyedari kecenderungan UMNO mutakhir ini memfitnah DSAI, kemudian menimbulkan satu isu untuk mengalih fitnah itu.

Jika andaian ini adalah benar, Tuan Guru seharusnya menerima kepujian kerana selama ini rakyat menganggap seorang ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tidak ada kemampuan berpolitik, apa lagi mengubah suasana arus politik negara.

Isu jawatan PM diperbahaskan oleh semua golongan parti politik di negara ini, termasuklah PM Maha Firaun itu sendiri. Berhari-hari lamanya pemimpin BN mencanangkan isu ini, namun Tuan Guru tetap 'cool' dan tiada sebarang ulasan daripada beliau.

Sementara itu Presiden dan Timbalan Presiden PAS sudah mengeluarkan kenyataan yang serupa bahawa jawatan PM bagi Kerajaan Alternatif itu nanti ialah DSAI sebagaimana yang dipersetujui oleh 4 parti dalam Gabungan Alternatif.

DAP dan KeADILAN tidak melatah langsung dengan kata keramat Tuan Guru dan menganggap 'tiada isu' berhubung dengan jawatan PM itu kerana masing-masing masih berpegang kepada Manifesto BA yang dikeluarkan secara bersama.

Pemimpin BN mengambil kesempatan di atas isu jawatan PM dan menyatakan pendirian masing-masing. Mereka juga mengambil kesempatan itu dan menganggap kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia menerima pemimpin DAP yang bukan beragama Islam sebagai Perdana Menteri, tidak boleh diterima pakai.

Sambil mengakui UMNO selama ini adalah tunjang BN yang dalam perjuangan politiknya memastikan kepimpinan mesti terdiri dari orang Melayu beragama Islam.