Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 10 November 1999

______________________________________________________________________________

 


SETELAH KAKITANGAN AWAM DILARANG BERPOLITIK...

Akhirnya terdedahlah muslihat di sebalik kakitangan awam yang dilarang berpolitik. Agenda Maha Firaun dan kuncu-kuncunya melalui Kesatuan Pembantu Am Rendah berharap tindakan menghantar 40 wakil kakitangan perkhidmatan berkenaan di seluruh negara untuk menyatakan ikrar sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akan merubah sokongan hampir 800,000 kakitangan awam yang lain.

Rombongan 40 anggota jawatankuasa kerja kesatuan itu membuat ikrar di hadapan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Affifuddin Omar. Ikrar sokongan itu 'kununnya' adalah sebagai tanda memberi komitmen tinggi golongan pekerja kategori Pembantu Am Rendah untuk sama-sama menjayakan usaha pembangunan negara. Sudah pastilah tujuannya untuk memberikan sokongan politik yang padu kepada kerajaan BN memenangi pilihanraya umum.

PAR adalah golongan kakitangan awam yang paling ramai melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan sejak dahulu termasuk isu belanjawan 2000 yang dibentangkan oleh Tun Daim 29 Oktober lalu.

Setiap kali belanjawan, golongan ini terpaksa berhadapan dengan risiko kenaikan harga barangan di pasaran akibat kenaikan gaji yang sedikit berbanding dengan kumpulan kakitangan kerajaan yang lain.