Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 09 November 1999

______________________________________________________________________________

 


RAKYAT PERLU TOLAK DAKYAH UMNO

UMNO menggunakan segala kuasanya yang ada bagi mempertahankan segala aktiviti fitnah dan pembohongan dengan strategi yang boleh memperdayakan rakyat. Serangan fitnah UMNO dilancarkan bersama satu operasi khas yang dinamakan Operasi Membasmi Fitnah 7M.

7M itu ialah memfitnah, membohong, memaki hamun, mencarut, membenci orang lain, menimbulkan buruk sangka dan menghasut.

Operasi ini dilancarkan setelah beberapa kali kempen penerangan sebelum ini telah ditolak mentah oleh rakyat. Justeru itu UMNO menggunakan proses 'turning over' dengan harapan rakyat akan mempercayai bahawa yang membuat angkara fitnah itu ialah parti alternatif.

Operasi 7M adalah strategi UMNO yang terakhir menjelang pilihanraya umum negara. Jika hasilnya memuaskan, adalah dipercayai Parlimen akan dibubarkan dan pillihanraya segera akan diadakan.