Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 09 November 1999

______________________________________________________________________________

 


SANUSI PERLAGAKAN AHLI DAN KEPIMPINAN PAS

Sebagai mengambil kesempatan di air yang keroh, Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid melaga-lagakan anggota Pas dengan kepemimpinan mereka. Beliau disifatkan berkata bahawa anggota PAS perlu memutuskan sama ada memecat Mursyidul Am atau Presiden parti itu 'kununnya' berikutan kenyataan bercanggah dua pemimpin berkenaan berhubung isu jawatan Perdana Menteri.

Inilah kerja pemimpin BN yang memang gemar menabur fitnah dan mengambil berat hal dan kepentingan parti lain. Perkara ini amat jelas kepada rakyat bahawa pemimpin BNlah yang suka melaga-lagakan dan mengeruhkan suasana politik negara ini.

Justeru itu rakyat negara ini jangan mudah terleka dengan perangkap dan kata-kata manis pemimpin BN terutama mengenai pembangkang.