| |
PEMBANGKANG TIDAK PERNAH BERCANGGAH PENDAPAT
Amat jelas sekali kenyataan Presiden PAS Datuk Fadzil Noor yang disifatkan sebagai berkata para pemimpin parti-parti pembangkang tidak pernah bercanggah
pendapat dalam sesuatu isu.
Sehingga kini pakatan empat parti pembangkang dalam Barisan Alternatif masih menerima pakai pengakuan yang dipersetujui bersama dalam manifesto mereka
yang diumumkan baru-baru ini.
Fadzil berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Alternatif
kebelakangan ini termasuk dari PAS sendiri, sering bercanggah.
Fadzil berkata bahawa pakatan pembangkang akan melaksanakan apa yang terkandung dalam
manifesto BA yang dimeterai itu sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.
Setakat ini, katanya, pemimpin-pemimpin pakatan itu dan
pemimpin PAS sendiri tidak mempunyai agenda lain selain untuk melaksanakan apa yang terkandung dalam manifesto itu.
Beliau berkata, pakatan pembangkang
bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya kerana tiada masalah yang timbul di kalangan mereka setakat ini.
|