Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 09 November 1999

______________________________________________________________________________

 


PENJELAS MENGENAI ISU PM BUKAN ISLAM

Timbalan Presiden PAS Haji Hadi Awang berkata persoalan bangsa seseorang ketua negara tidak akan menjadi isu dalam sebuah negara Islam.

"Ini kerana dalam sejarah Islam, jawatan ketua negara tidak tertakluk kepada bangsa...dalam sejarah ada orang Arab, orang Kurdish dan orang Turki menjadi ketua negara," katanya.

Beliau berkata apabila sesebuah negara itu negara Islam, maka menjadi kenyataan pemimpinnya ialah orang yang menerima akidah dan ideologi Islam dan perubahan itu sedang diperjuangkan oleh PAS.

"Apabila negara itu negara Islam, (mesti) pemimpin orang yang menerima akidah dan ideologi negara. Kalau negara komunis, ketua orang komunis...ini terpulang kepada rakyat sama ada nak sesat atau buat perubahan," katanya.

Beliau berkata isu mengenai bangsa seseorang Perdana Menteri dan kesediaan PAS menerima pemimpin DAP menjawat jawatan itu sebenarnya dibangkitkan oleh Barisan Nasional (BN) dengan tujuan memecah-belah kerjasama pakatan Alternatif.

"Sebenarnya masalah kepimpinan ini, kita sudah berpakat jika BA menang yang jadi PM ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim...tak timbul DAP atau PAS..ini sudah keputusan," katanya.

BERNAMA