Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 09 November 1999

______________________________________________________________________________

 


MENGAPA TUDUH PAS GADAI MARUAH BANGSA?

Memang soal kepemimpinan bukanlah milik sesuatu bangsa. Allah sendiri tidak melantik apa bangsa jua pun sebagai ketua kepada segala bangsa. Justeru itu UMNO/BN tidak boleh mendabik dada bahawa hanya mereka layak untuk menjadi ketua. Orang Melayu juga tidak boleh terlalu bangga dengan kepemimpinan mereka yang ada. Sebaliknya perlu bersyukur kerana menjadi pemimpin kepada bangsa yang lain.

Tindakan BN Kelantan memutar belitkan kenyataan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz Nik Mat lebih sebagai helah politik memfitnah PAS dengan harapan bahawa mereka beroleh undi dan sokongan untuk menawan Kelantan.

Media BN memang pandai menggunakan kesempatan yang sedikit untuk memutarbelitkan kenyataan Tuan Guru hingga menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat yang kurang faham.

Walau bagaimana pun bagi ahli dan penyokong PAS mereka sudah sedia maklum akan serangan media BN yang menghentam secukupnya PAS melalui kenyataan yang diputarbelitkan.

BN Kelantan kini menggunakan tohmahan bahawa ramai daripada anggota PAS terutama kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang bersetuju membenarkan pemimpin DAP menjadi perdana menteri.