|
|
BUDAYA UMNO : SELAMATKAN DIRI HANCURKAN ORANG LAIN( WALAU PUN KAWAN SENDIRI YANG MENJADI MANGSA )
Tahniah Para Guru ..
Gerakerja anda cukup berkesan bagi mengkucar-kacirkan jentera UMNO/BN. Insyallah kita akan saksikan UMNO/BN
berkubur. Kita bayar pengorbanan sahabat-sahabat kita yang dizalimi secara tunai.
1. UMNO/BN dengan menggunakan Kementerian Pendidikan menukarkan
Cikgu Wahab dari Kedah Ke Pahang. Kononnya sebagai usaha menghalang gerakan Cikgu Wahab. Namun yang jelas UMNO/BN Pahang sudah gelabah dengan aktiviti Cikgu
Wahab . Siang malam gigih bekerja memastikan UMNO/BN Pahang tumbang. UMNO/BN Kedah lepas tangan ; seorang AJK Pemuda UMNO Negeri Kedah berkata “ selesai satu
masalah kita bagi depa di Pahang fikiq pula pasai cikgu Wahab, Najib dok ada , biaq dia buat kerja sikit.
2. Anak Jawa di Kedah pun cukup hebat. Soalan matematik pun
boleh menyebabkan PM dah gelabah. Habis seluruh jentera UMNO terpaksa pikiq nak menghadapi serangan soalan matematik tersebut. Akhirnya tukarkan ANAK
JAWA CERDIK dari parlimen Pokok Sena ke parlimen Kuala Kedah. YB Mat Lebai Sudin ( ketua UMNO bahagian Pokok Sena )kata habis satu masalah di bahagian
aku, bagi depa di Kuala Kedah rasakan pula. UMNO Kuala Kedah yang kononnya cukup garang . Ugut Pengetua SMK Jabi-
ugut pecat ANAK JAWA CERDIK tu. Nak bawa mai
UMNO 3 buah bas nak jumpa cikgu ANAK
JAWA CERDIK tu. Bila anak jawa nie ditukarkan ke Kuala Kedah. UMNO Kuala Kedah dah gelabah. Konon tak mau
terima. Tapi apa boleh buat terima jugalah. Dulu tak dak masalah pasai cikgu ANAK
JAWA CERDIK . Sekarang Mat Lebai Sudin bagi masalah. Marah betul AJK UMNO Kuala Kedah kepada Mat Lebai
Sudin. Khabarnya cikgu nie dah bertekad untuk memastikan UMNO/BN tumbang. Pemuda PAS Kuala Kedah pastinya mengalu-alukan kedatangan petugas baru ANAK
JAWA CERDIK. HIDUP JAWA…. Waras……. 3. Cerita terbaru. Ada dua orang ustaz mengajar dan tinggal di Pulau Tuba, Parlimen Langkawi. Cukup gigih buat kerja untuk PAS, dulu pulau yang jauh dari pulau Langkawi nie bukan ada PAS. Sekarang sudah ada lebih 200 orang sertai PAS. Akibatnya UMNO Langkawi sudah resah dan gelisah. AJK UMNO Langkawi kata “ Nak lempaq kat mana lagi ustaz nie. Kalau ustaz nei ada di pulau ni lagi pastinya habis pengundi Pulau Tuba jadi PAS . Depa buat kerja sungguh” . ustaz Az… dan Bah.. kata “ kita dah dok sini, UMNO nak tukar pi mana lagi. Kalau najib kata nak dihantar ke PULAU. kita nei dah dok pulau, habis pulau dah tak dak pulau yang lebih teruk dari Pulau Tuba nie” ..Akhirnya UMNO/BN Langkawi minta agar ustaz nei ditukar keluar dari Pulau Tuba. Harapan UMNO Langkawi ,masalah gerakerja dua ustaz nie dapat diselesaikan. Lalu JPN Kedah bawah Hassan pun arahan seorang ditukar ke Parlimen Kubang Pasu dan seorang ditukar ke Parlimen Pokok Sena.
Apa macam Mat Lebai Sudin. Baru lepas anak Jawa ke Kuala Kedah datang pula anak Bukit Besar dari Pulau Tuba. Dengar ceritanya Pemuda PAS Pokok Sena telah
mengadakan MOU dengan ustaz nie untuk pastikan parlimen pokok sena tumbang. Gheba belaka mat oiii.. Ustaz nie dok di
DUN Bukit Lada. Minta maklumat dari pembantu makmal SMKJabi lah kut-kut dia boleh bagi. Tapi khabarnya barua makmal nie pun dah kecut perut, dia dah buat
laporan polis atas tulisan di laman MAHAFIRAUN 2020 atas tajuk ‘ Isu Matematik lebih penting dari Isu Murtad ’. Kalau awak tak jadi barua dok bagi tau
aktiviti cikgu , kenapa perlu takut. Begitulah para cikgu sekelian, betapa UMNO/BN dah tak tentu arah dengan gelagat para cikgu. Masing-masing cuba mengelak menghadapi masalah aktiviti para cikgu yang cukup berkesan. Lalu membebankan masalah itu kepada orang lain. Dirinya terlepas kawannya yang lain menanggung siksa. Itulah budaya UMNO. UMNO/Bn bukan boleh pecat cikgu. Cikgu bukan lawan kerajaan . Cikgu hanya lawan UMNO/BN yang zalim. Pemimpin UMNO/BN lupa ilmu yang cikgu ajar masa dibangku sekolah. Salahkah cikgu menentang kezaliman. Minta maaflah…. Kami cikgu-cikgu tak mau tanggung dosa.. Pengarah JPN Hassan Hashim dah sebati nak jadi ahli neraka. Nasihat orang dia tak mau pakai. Dah lah sesat tambah menjadi penyesat pulak. Moga Allah menjauhkan kita dari sifat ini. Dari Cikgu Kedah |