|
|
HIPOTISIS ADUN BN PERAK MALUKAN NEGARAAkhir-akhir ini pakar-pakar psikologi kanak-kanak dan tokoh-tokoh pendidikan Amerika sibuk membincangkan satu fenomina baru dalam salah-laku remaja yang berasal dari Perak . Ini jadi isu hangat dan turut dihebahkan di media pendidikan Amerika.
Semua bermula dari ADUN Mat Isa Ismail yang mengatakan ada trend baru remaja menghidu tahi lembu. Kononnya mereka cari tahi lembu baru,
letak tin besar yang telah bertebuk buntutnya atas tahi tadi dan hidu melaluinya. Kalaupun perkara ini benar, ini menunjukkan UMNO gagal beri contoh atau
pilihan yang baik kepada anak-anak remaja. Apa Mat Isa cadang nak buat? Tangkap lembu-lembu masuk ISA? Cakap ikut sedap mulut. Cara penyelesaian tak diberi.
Entah-entah cuma nak buat lawak.
Kami anak Melayu di Amerika cukup malu dengan keadaan terbaru ini. Dalam satu rencana penulisnya kata `......It just so happens that many
youth trends come to this country from Malaysia, which is considered by young Americans to be a very "happening" place. In fact, when modern
American youths wish to express generic approval, they often use the slang expression "Whoa, that is is so Malaysian." `
Ini menguatkan hujah mereka yang Malaysia masih mundur di antara Dunia Ketiga. Terimalah akibat dari memilih calon-calon UMNO yang dungu
dalam pilihanraya. Mereka ni cerdek tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar. Dalam Dewan Undangan Negeri bawa cerita tahi lembu. Tentulah dilapor orang.
Sama ada mereka juga lembu ataupun seperti kata Dato' Shahnon mereka ini angkatan shit ! Seronok bergelumang tahi.
Penulis tadi juga kata, ` .....Let's talk to our children, and let's write letters to President Clinton urging him, next time he has a
scandal and needs an international crisis, to shoot missiles at Malaysia...." `
Betapa hina Malaysia di matanya. Tak payah Mahadhir nak berbangga dengan MSC, Petronas Tower, Formula One racing dan Tiger Wood datang main
golf. Semuanya silap-silap berkecai hanya kerana tahi lembu !
Malang kami tak diberi peluang mengundi di perantauan. Harapan kami agar saudara-saudari undi Barisan Alternatif kali ini.
oleh Mat Kelana
|