Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 11 November 1999

______________________________________________________________________________

 

UMNO MENCECEH LAGI............

Assalamualaikum,
Sepanjang cuti Deepavali ini, tak habis-habis pemimpin UMNO menceceh pasal dua isu.

Pertama mengenai ketuanan Melayu dan kedua mengenai perlantikan PM dari kalangan bukan Islam. Kononnya Tuan Guru Nik Aziz ada dipetik sebagai berkata bahawa " PAS boleh terima PM dari kalangan bukan Islam."

Maka digerakkannyalah berbagai jenis jentera parti, dari yang berkuasa kuda serendah 250 cc hinggalah kepada yang macam Boeing 737, untuk menceceh pasal dua perkara ini. Malah di Johor misalnya, UMNO terpaksa menggunakan khidmat Timbalan Ketua MCA Johor untuk meraih simpati undi orang Melayu.

Orang MCA itu ada dipetik sebagai berkata bahawa " ketuananan Melayu akan terhakis kalau orang Melayu menolak UMNO." Begitulah tersepitnya UMNO kini ( dan mungkin selamanya............) Pantang ada saja bola tanggung, habis dilibasnya. Persoalannya, betulkah kenyataan itu ada dikeluarkan leh Tuan Guru? Atau hanya sekadar "hearsay" yang dipungut oleh tali barut UMNO di ceramah-ceramah Parti Alternatif?

Yang menarik perhatian saya ialah wawancara di RTM pagi semalam di mana Prof. Ramlah Adam (ahli sejarah UM dan mungkin ahli UMNO seumur hidup) dan Dr. Ali Hanafiah ( bekas SETPOL PM) telah bercakap mengenai ketuanan Melayu. Mereka dipetik sebagai berkata bahawa pemerintahan Melayu itu wujud selepas Kerajaan Majapahit mengusir keluar sekumpulan etnik yang terdiri dari beberapa suku kaum di sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera, lalu membentuk satu kerajaan yang dipanggil Kerajaan Melayu (Melayu = kumpulan yang lari , atau diusir).

Kerajaan ini akhirnya memperbesarkan wilayah pemerintahannya sehingga terbentuknya beberapa buah kerajaan Melayu yang lain seperti Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Melayu Pasai, Kerajaan Melayu Johor-Riau, dsbnya. Cuma ada satu fakta yang saya perhatikan telah dengan sengaja mereka lindungkan. Bukankah kerajaan-kerajaan tersebut telah menjalankan pemerintahan mereka mengikut undang-undang Islam?

Wassalam

ANAK MELAYU ISLAM

p/s Minta mana-mana pakar sejarah dapat menyumbangkan buah fikiran tentang ketuanan Islam di Nusantara. Jika diizinkan Allah, Republik Islam Acheh akan terbentuk di nusantara................