Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 11 November 1999

______________________________________________________________________________

 

Kisah Kaum ‘Aad dan Nabi Hud a.s. 

Ketika menadah Al Qur’an Al Karim selepas solat subuh pagi tadi serta meneliti terjemahannya pada setiap ayat-ayat yang dibaca saya merasakan apa yang telah digambarkan oleh Allah Azzawa Jalla mengenai kisah kaum ‘Aad dan Nabi Hud a.s. mesti diambil perhatian oleh sekelian umat manusia di Malaysia terutama berhubung isu-isu semasa kini. 

Gambaran di zaman itu banyak yang boleh diambil sebagai iktibar dalam kehidupan kita terutama dengan perkembangan semasa. Bacalah sendiri ayat-ayat 121 – 131 dalam surah Asy Syu’araa’. Kisah bangunan-bangunan tinggi dan mahligai yang dibina, kekejaman yang dilakukan dengan penuh perasaan bengis. Bacalah juga ayat-ayat seterusnya dengan amaran dan siksa yang Allah timpakan terhadap kaum ‘Aad. 

Dalam ayat-ayat berikut juga Allah menyebut perihal perlunya mereka bersyukur kepada Allah AzzawaJalla yang “telah menolong kamu dengan ni’mat-ni’matNya …” (ayat 131). Bukannya bersyukur kepada kerajaan yang membina bangunan-bangunan tinggi dan memukul dengan kejam dan bengis. 

Berikut adalah terjemahannya:

(Demikian juga) kaum ‘Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Tatkala saudara mereka – Nabi Hud, berkata kepada mereka “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya”. “Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu”. “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan ta’atlah kepadaku”. “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekelian alam”. “Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik”. “Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya”. “Dan apabila kamu memukul atau menyiksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis”. “Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan ta’atlah kepadaku. Surah Asy-syu’araa’ - Ayat: 123 – 131 (Rujukan Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al Qur’an diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri – nama lama JAKIM – dengan kata-kata aluan oleh Dr. Mahathir Mohamad sendiri). 

Semoga kita lebih bertaqwa kepada Allah Azzawa Jalla. 

WalLahu ‘Alam 

Abdul Aziz Shukri Subang Jaya 10 November 1999