|
|
PILIHANRAYA DI WAKTU EKONOMI MELESET!!!Sungguh malang nasib kerajaan BN. Jika beberapa siri pilihanraya yang lalu, 'wang' menjadi alat membeli undi, namun kegawatan ekonomi membawa petaka kepada UMNO dulu, kini dan selamanya.... Amat malang kerana Malaysia akan mengadakan pilihanraya dalam waktu ekonomi masih teraba-raba mencari posisi yang lebih selesa, walau pun usaha-usaha pemulihan masih terus dijalankan oleh kerajaan. Tamparan paling hebat bagi UMNO dulu, kini dan selamanya... ialah syarikat kepunyaan mereka (Renong) berhadapan dengan kerugian apabila saham mereka dalam sebuah kilang besi di Filipina lebur akibat gagal mendapatkan pinjaman RM1.5 bilion bagi meneruskan operasi. Sementara itu pelbagai langkah diambil termasuklah mengenakan kawalan modal berpilih-pilih, satu langkah yang teruk dikecam oleh
pakar ekonomi Barat. Sebagai membuktikan pemulihan ekonomi kerajaan BN menggunakan Belanjawan Negara 2000 untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mampu menangkis segala tohmahan mengenai segala apa yang dibuat termasuk mendapatkan penasihat kewangan Yahudi Smith Solomon Barney. Agak malang Belanjawan 2000 itu tidak mengambilkira nasib petani, pesara dan rakyat bawahan. Sedang golongan menengah dan pertengahan pula kenal erti 'defisit' yang membawa erti kerugian@hutang yang hampir RM20 bilion itu!!! Lebih malang semalam, Speaker Dewan Rakyat mengistiharkan Belanjawan Negara 2000 itu tidak sah dan tidak diterimapakai. Jadi modal apa yang harus digunakan oleh UMNO dulu, kini dan selamanya... untuk memancing rakyat? Sipakah yang masih nak percaya kepada PM Maha Firaun itu yang disifatkan berkata bonus kepada kakitangan kerajaan masih diteruskan sekiranya kerajaan BN kembali memerintah?
|