EDISI KHAS: TAHNIAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA!!
Minda Rakyat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia. Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Kita sudah lama
dibelenggu kezaliman oleh sebuah kerajaan yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa seagama.
Namun akhirnya Parlimen dibubarkan. Tanda bahawa rakyat Malaysia tidak akan merelakan sebuah kerajaan yang zalim bertakhta lagi di persada politik negara.
Sesungguhnya penantian sekian lama amat menyiksakan jiwa dan raga.
Kini setelah Parlimen dibubarkan, marilah kita memberikan tumpuan sepenuhnya untuk kejayaan kita dalam pilihanraya nanti. Jika di antara kita selama ini ada
sengketa, maka kita lupakan buat sementara.
Pertandingan kali ini jauh berlainan dengan sembilan siri pilihanraya umum lalu. Ini adalah kerana rakyat jauh lebih bersedia untuk menyingkirkan sebuah
kerajaan yang zalim dan tidak sesuai lagi memerintah negara.
Bermula dari rompakan harta negara, amalan kronisme dan nepotisme nampaknya hanya memberikan kekayaan kepada sekelompok. Anihnya nasib rakyat yang lain
tetap terbiar di negara yang sudah 42 tahun lamanya merdeka.
Pelbagai alasan diberikan di atas kegagalan itu. 42 tahun adalah tempoh yang terlalu lama untuk seseorang menanti. Dan 42 tahun juga sewajarnya tiada alasan
lagi bagi sebuah kerajaan yang mendakwa telah kuat dan utuh itu gagal dalam membela nasib rakyat.
Melainkan agenda sesebuah kerajaan itui tidak memperdulikan nasib rakyatnya yang menderita, maka 42 tahun rakyat pasti hidup dalam kesenangan dan aman harmoni.
Pembongkaran sistem sekular yang jelas umpama melindungkan perut yang sudah tidak mampu bertahan lagi, akibat kesakitan 'SHIT' yang memulas-mulas. Bukti kepada
rakyat sistem yang selain sistem Islam, adalah kehancuran semata.
Kini rakyat berhadapan dengan realiti. Pilihan mereka hanya ada dua iaitu BN (Barisan Nasional) yang mewakili MCA dan MIC, dengan BA (Barisan Alternatif) yang
dianggotai PAS, KeADILan, Dap dan PRM.
Memilih BN bererti mengekalkan kezaliman dan kemelut politik yang berleluasa buruknya. BN akan lebih menghancurkan terutamanya kepada mereka yang berpihak
menentang kezaliman pemimpin kerajaan BN.
Satu-satunya tawaran terbaik adalah alternatif, pembela nasib rakyat bawahan. Biar pun usia setahun jagung, namun itu bukan ukurannya sebenar. Demi untuk
membuktikan bahawa nama demokrasi masih terpampang, maka marilah kita saling meyakinkan antara satu sama lain demi sebuah kejayaan bersama milik kita dan
generasi muda.
Ingat hanya BA layak menyingkirkan BN (InsyaAllah)
UNDILAH PAS, DAP, PKN, PRM!!!
Polong Cyber