Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Kemaskini Terakhir: 11 November 1999
Perhatian: Laman ini paling sesuai dengan paparan Internet Explorer
______________________________________________________________________________

 

650,000 pengundi masih ada peranan

Saudara-saudari yang tergolong dalam kumpulan 650,000 pengundi yang baru
berdaftar dan yang dengan penuh semangat bersedia untuk menyokong Barisan
Alternatif – saudara sekelian masih mempunyai peranan yang amat kritikal
walaupun tidak dapat mengundi.

Saudara-saudari harus ketahui bahawa Dr. Mahathir amat takut akan saudara
sekelian.  Sebab itulah Mahathir cuba membatalkan hak saudara untuk mengundi.
Namum masih ada peranan yang MESTI saudara laksanakan untuk pilihanraya akan datang.

PAStikan saudara dapat menumpukan usaha untuk mencari dan memancing
sekurang-kurangnya tiga bakal pengundi setiap orang (lagi ramai lagi bagus).
Carilah mereka yang atas pagar.  Lebih baik lagi carilah mereka yang masih
(tak ramai pun) menyokong BN.  Yang dah PASti sokong BA tu beri kata semangat untuk terus tidak digugat di peringkat akhir (latihkan fikiran mereka untuk
menyangkal kemungkinan taktik kotor BN di malam terakhir).

Oleh kerana saudara sekelian tidak terbatas untuk berada di kawasan pengundian
saudara, maka saudara bebas untuk melaksanakan tugas untuk mencari undi untuk BA di mana-mana saja.  Carilah tempat-tempat yang paling strategik.  Carilah tempat-tempat yang getir di mana kemungkinannya 50-50.  Bertanyalah dengan bilik-bilik gerakan BA atau berhubunglah dengan rakan-rakan yang terlibat
langsung dalam jawatankuasa parti untuk mengetahui mana-mana tempat yang amat memerlukan khidmat bakti saudara sekelian.

Bayangkan 650,000 dari saudara dapat pancing 3 orang seorang. Katakan dari
650,000 ini hanya 500,000 sahaja yang bersama kita, maka kita akan perolehi
1,500,000 pengundi yang dipancing.  Bukannya mereka yang dah sokong BA, ini
yang baru dipancing oleh saudara sekelian.  Ayuh!

Bergeraklah dari sekarang. Curahkanlah khidmat bakti untuk masa depan saudara
dan keturunan kita bersama.

Sekian,
Ibrahim Baba
11 Nov 1999