|
|
TIADA YANG MUSTAHIL - HANCURKAN UMNO & BARISAN NASIONALMustahilkah UMNO dan Barisan Nasional dijatuhkan ?. Sebenarnya ini bukanlah perkara yang terlalu mustahil. Yang menjadikannya mustahil adalah diri kita sendiri. Ianya menjadi mustahil hanya apabila kita sendiri yang mengatakannya mustahil. Walhal jika kita menganggapnya tidak mustahil, maka ia pasti akan menjadi tidak mustahil. Inilah hukum alam. Apa yang terlalu mustahil ?. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tetapi agama, bangsa dan negara harus dikekalkan. Tetapi sanggupkah kita melihat agama kita, bangsa kita dan negara kita diperalat dan dimusnahkan sedikit demi sedikit oleh UMNO dan Barisan Nasional ?. Jika kita mengatakan TIDAK ! maka lakukanlah REFORMASI didalam pilihanraya nanti. Elakkan perkataan mustahil tersebut daripada menghantui dan menghalang perjuangan kita. UMNO dan BN harus ditumbangkan. Walau apa pun yang terjadi kita harus menghadapinya. Lawan Tetap Lawan ! Perkataan MUSTAHIL harus dihumban daripada menghantui diri kita. Jika semua perkara kita anggap mustahil sudah pasti kita tidak akan dapat melihat dan merasa dengan apa yang ada disekeliling kita pada hari ini. Cubalah bertanya kepada sesetengah orang, "Percayakah anda jika saya katakan bahawa tidak lama lagi manusia akan menjadikan BULAN sebagai destinasi percutian utama mereka ?". Dengarlah reaksi mereka. Pasti ada yang mengatakan, "Mustahil", "Karut", "Merepek" ataupun "Lawak Bodoh". Kemungkinan akan ada seorang dua yang menjawab, "Boleh jadi .. ". Bagi diri saya, jawapan yang pasti ialah, "Percaya !". Kenapa ?. Kerana saya sentiasa menjadikan Islam dan Sejarah sebagai petunjuk dan pengajaran kepada sesuatu tindakan. Islam adalah agama Ilmu. Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw pun berbunyi, "Bacalah". Yang dimaksudkan dengan "Bacalah" itu tidaklah bermaksud kita disuruh membaca tanpa berfikir. Yang seharusnya kita lakukan ialah bacalah dengan berfikir. Gunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita dengan sebaik yang mungkin. InsyaAllah dengan membaca sambil berfikir tersebut akan tercetuslah pemikiran, falsafah ataupun ciptaan-ciptraan baru. Kita ambil contoh tentang penciptaan Malaikat. Allah swt menjadikan Malaikat daripada cahaya. Kenapa cahaya ?. Jawapan mudahnya ialah cahaya sifatnya pantas dan laju. Kemudian kita ambil pula contoh tentang lampu suluh yang dihasilkan oleh manusia. Jika kita boleh mencipta alat yang menghasilkan cahaya, mengapa tidak kita mencipta kenderaan yang mampu membawa manusia ke sesuatu tempat selaju cahaya ?. Mustahilkah ?. Cuba pula kita letakkan diri dan pemikiran kita 1,000 tahun ke belakang. Kemudian cuba kita fikirkan dengan persoalan, "Percayakah anda jika saya katakan bahawa tidak lama lagi manusia akan dapat terbang diudara dengan kenderaan besi ?'. Apa jawapan yang akan diterima ?. Mungkin, "Karut", "Mustahil" dan entah apa-apa lagi jawapan yang tak masuk akal. Tetapi itulah yang berlaku sekarang. Kita sekarang sudah pun mampu terbang di udara dengan kapal terbang, jet malahan juga roket. Bukankah ini perkara yang mustahil 1,000 tahun dahulu, tetapi sudah menjadi perkara biasa pada masa sekarang ?. Jadi, untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional daripada "singgahsana kezaliman" mereka juga bukanlah perkara yang mustahil. UMNO dan Barisan Nasional tidak KERAMAT. Ia tidak diciptakan untuk kekal selama-lamanya. Tiba masanya ia pasti akan mati jua. Dan masa kematiannya sudahpun tiba. Tidak ada perkara yang dijadikan di dunia ini hidup untuk selama-lamanya. Yang kekal hanyalah Allah swt. Jadikanlah Pilihanraya Umum yang ke 10 ini sebagai pentas untuk kita merealisasikan perkara yang dianggap mustahil tersebut. Inilah masa yang paling sesuai. Masa dimana kezaliman telah memuncak hingga mencucuk mata seluruh rakyat Malaysia. Yang perlu kita lakukan ialah bersatu menentang kezaliman tersebut di dalam satu barisan dan kumpulan yang padu. Kesatuan yang kita bina itu haruslah pula diikuti dengan perancangan dan pelaksanaan tugas yang benar-benar berkesan. Semua pihak harus kita sedarkan. Jangan biarkan diri kita dan rakyat Malaysia terus dizalimi, ditipu dan diperbodoh-bodohkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Cukuplah setakat ini sahaja. Tiada lagi kerajaan diktator UMNO dan Barisan Nasional di alaf baru nanti. Alaf Baru - Kerajaan Baru - Malaysia Baru. (AWANG LEPUK) |