|
|
AWAS – Gerakan “Turnover” Bakal Calon BA, Jangan terkejut!Sumber risikan saya menyatakan terdapat beberapa bakal calon PAS dan KeADILan sedang dipancing untuk bertanding di bawah tiket Barisan Nasional. Termasuk juga dalam cubaan pancing ini ialah seorang dua dari DAP. Jangan gempar dan terkejut dengan pengumuman yang bakal dilakukan oleh samada Dr. Mahathir atau Pak Lah atau menteri-menteri besar bersama dengan BAKAL CALON Barisan Alternatif di sebelah mereka. Mereka ini sedang dipancing dengan wang ringgit dan ugutan. Di dalam senarai yang disebut oleh sumber saya turut mencatat nama-nama yang saya sendiri tidak percaya (pada mulanya) akan keluar dari BA. Sesetengah dari mereka ini sedang menjawat jawatan tertentu dalam parti masing-masing. Sebab itulah awal-awal lagi saya berpesan supaya saudara sekelian jangan terkejut – sebab saya sendiri pun terkejut. Sumber yang saya perolehi telah menamakan beberapa orang dalam senarai tersebut tetapi – biarlah kita tunggu pengumunan dibuat. Pesan saya sekali lagi janganlah pula kita terkejut. Di zaman Rasulullah hendak keluar Madinah bagi peperangan pun terdapat beberapa orang yang membelok dan keluar dari pejuang Islam yang mengikuti Rasulullah s.a.w. dengan memberi pelbagai helah. Nama-nama munafik ini kekal tercatat di dalam sejarah Islam. Begitulah mereka yang akan membuat pengumunan tersebut dalam sedikit masa nanti akan kekalkan nama mereka sebagai pembelok kepada perjuangan murni yang kita sama-sama perjuangkan dan sanjungi. Saya enggan menyenaraikan nama-nama mereka di atas sebab, ada sesetengah yang telah dikenalpasti oleh UMNO untuk dipancing masih cekal mempertahankan pendirian mereka untuk bersama PAS dan keADILan. Kita sama-sama mendoakan agar ALLAH azzawa Jalla memberi kekuatan kepada mereka. Allahu Akbar.
Sekian. |